cucur-jawa

Resepi Cucur Jawa (Sedap Menyelerakan!)

Cucur Jawa merupakan hidangan manis yang popular di Nusantara. Rasanya manis, sesuai dimakan pada waktu sarapan ataupun minum petang. Teksturnya lembut dan amat lazat untuk dimakan.

Tahukah anda, cucur jawa amat mudah untuk disediakan? Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Sesuai untuk disediakan oleh sesiapa sahaja.

Resepi ini dikongsikan oleh Iza Faizah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Cucur Jawa

cucur-jawa
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung beras
  • 1 1/4 cwn gula
  • Sedikit garam
  • Gula merah
  • Air (tiada sukatan)

Cara – cara memasak:

  1. Campur tepung gandum, garam dan tepung beras.
  2. Masukkan air bancuhan gula merah ke dalam adunan sampai dapat adunan cucur jawa. Pastikan ianya tak pekat dan tak cair.
  3. Masukkan gula putih.
  4. Kacau sebati dan pastikan adunan cukup rasa.
  5. Perap adunan dlm 30minit.
  6. Sedia dituang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *