Resepi Cucur Badak (Gebu Gebas Berintikan Udang)

Siapa suka cucur badak? Cucur badak nama diberi kerana ia besar dan gebu. Yang menarik daripada cucur ini ialah ia berisikan udang di dalamnya.

Apabila digoreng, cucur badak jadi garing di luar namun rangup di dalam. Sangat nyaman untuk dijadikan kudapan minum petang dimakan dengan cili api.

Meskipun terdapat udang dalam cucur badak, ianya tidaklah sama dengan cucur udang. Kerana cucur badak menggunakan udang kapas yang digaulkan ke dalam adunan. Cucur badak dibuat dengan ubi keledek manis. Ia pula memiliki tekstur yang lembut kerana tidak ada rempah, daun dan bahan lain di dalamnya.

Jom buat resepi cucur badak gebu, resepi oleh Normani Mdsaad di laman Facebook. Buat untuk kudapan petang-petang lagi nyaman

Resepi Cucur Badak

cucur badak
Imej via Facebook

Bahan Inti :

  • ½ kilo udang kapas (kecil),
  • 2 biji kelapa parut (tidak terlalu tua),
  • 20-25 biji cili kering,
  • 5 batang serai,
  • 5-6 biji bawang merah,
  • 1 biji bawang besar,
  • Sedikit kunyit hidup,
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • Garam gula serbuk perasa.

Cara-cara :

  1. Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan kelapa parut.
  2. Masak sekejap di atas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. (Jangan mesin kelapa lama sangat, nanti halus sangat tidak sedap).
  3. Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang. Kacau lagi sampai hampir kering.
  4. Tambahkan garam, gula, perasa ikut selera masing-masing ingin pedas atau manis.
  5. Kacau sehingga agak kering, angkat dan sejukkan sebentar.

    cucur badak
    Imej via Facebook

Bahan doh/kulit :

  • 1 kg keledek manis,
  • 2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian,
  • Garam sedikit.

Cara-cara :

  1. Kupas kulit keledek, potong ketul-ketul kecil supaya cepat empuk apabila direbus. Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.
  2. Rebus hingga air hampir kering. Angkat.
  3. Biar sejuk baru lenyekkan.
  4. Tambahkan tepung sedikit-sedikit.
  5. Bila sudah siap bulatkan sama saiz.
  6. Leperkan, masukkan inti dan bulatkan kembali.
  7. Tabur sedikit tepung di atas [email protected] agar adunan yang dibulatkan tadi tidak melekat.

    cucur badak
    Imej via Facebook
  8. Sedia digoreng dengan api sederhana panas.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur badak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Leave a Comment