Resepi Chocolate Chips Cookies (Crunchy Dan Sedap)

chocolate chips cookies

Anda mencari resepi cookies coklat yang sedap, comel dan menarik? Chocholate chip cookies ala famous amous ialah pilihan terbaik dan anak mesti suka.

Kalau bincang pasal cookies memang tidak ada habisnya. Pasalnya, ramai orang suka cookies, tua dan muda semua berselera dengan cookies. Apalagi budak-budak memang tidak tahan dengan cookies cip coklat.

Ibu sila cuba resepi cookies cip coklat yang dikongsikan oleh Nuryaty Mayuki di laman Facebook. Sekali-sekala manjakan selera anak-anak dengan cookies ala famous amous sedap nan comel ini.

Resepi Chocolate Chip Cookies

chocolate chips cookies
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram mentega,
  • 70 gram gula halus,
  • 80 gram gula perang,
  • ½ sk esen vanilla,
  • 1 biji telur,
  • 1 biji kuning telur,
  • 60 gram kacang badam/walnut (dipanggang sebentar),
  • 40 gram oat,
  • 250 gram cip coklat.

Bahan Ayak :

  • 300 gram tepung,
  • 10 gram serbuk koko,
  • ½ sudu kecil serbuk penaik,
  • ½ sudu kecil serbuk soda,
  • 50 gram susu tepung.

Cara Menyediakan :

  1. Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan kuning telur, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
  4. Campurkan kekacang, oat dan cip coklat ke dalam adunan. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  5. Sudukan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang dilengser.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi chocolate chips cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Give a Comment