Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Char Kuey Teow Special (Penang Version!)

Anda mengingikan Char Kuey Teow seperti di kedai? Kali ini kami bawakan resepi Char Kuey Teow versi Penang yang sebiji seperti di kedai!

Char Kuey Teow selalunya dibeli digerai ataupun dipasar malam. Walaubagaimanapun, jika kita mempunyai keluarga yang ramai dan ingin menyediakannya banyak, membeli digerai bukanlah satu pilihan yang mesra ekonomi. Oleh itu, lebih baik jika menyediakannya sendiri kan?

Hairul Nizam Ijam telah kongsikan resepi ini di laman Facebook beliau. Mari kita lihat!

Resepi Char Kuey Teow Special

char-kuey-teow
image via Facebook

Bahan – bahan:

Char Kuey Teow:

  • 500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
  • 300g udang
  • 200g kerang
  • 150g taugeh
  • 100g kucai
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu cili giling
  • 4 sudu sos char kuey teow
  • 3 biji telur
  • Air rebusan udang
  • Garam secukup rasa

Kicap paste:

  • 200 gm udang
  • 250 ml air
  • 4 biji bawang putih (dikisar)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis / 2 sudu besar petis
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula

Sampingan:

  • Cili jeruk
  • Cili Merah (dihiris)
  • Bawang Goreng

Cara – cara memasak:

  1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
  2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
  3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
  4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
  5. Tumis bahan tumisan hingga bau wangi.
  6. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan sos char kuey teow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan gaul sehingga rata.
  8. Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak.
  9. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam.
  10. Gaul & terus angkat.
  11. Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!