cekodok nasi

Resepi Cekodok Nasi (Mudah dan Rangup)

Masak nasi terlebih dan tidak habis? Mesti rasa kasihan buang-buang nasi, tapi kena buat macam mana lagi?

Apakata kalau kami cadangkan anda buat cekodok nasi. Senang cara buatnya, gunakan lebihan nasi tadi, cara ini lebih baik daripada nasi dibuang macam itu sahaja bukan?

Cekodok nasi diperbuat dengan cara menghancurkan nasi hingga lumat, sebaiknya guna blender atau alat pengisar elektrik lainnya. Kemudian nasi diberi bawang dan perencah supaya makin sedap. Goreng dengan minyak yang banyak ya sampai cekodok tenggelam supaya masak sampai ke dalam.

Tengku Asmadi berkongsikan resepi cekodok nasi mudah di laman Facebook. Sila baca dan cubakan di rumah. Harap-harap resepi ini boleh jadi alternatif anda untuk memasakkan lebihan nasi.

Resepi Cekodok Nasi Simple

cekodok nasi
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan nasi,
  • 1 cawan air,
  • 1 ½ cawan tepung,
  • Bawang merah dipotong dadu,
  • Daun kucai @ daun kunyit @ daun bawang @ daun sup dipotong kecil-kecil ikut selera.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kisar nasi dan air.
  2. Masukkan tepung, bawang merah dan bahan-bahan lain.
  3. Masukkan garam sedikit,
  4. Campur semua dan gaul sebati.
    cekodok nasi
    Imej via Facebook
  5. Goreng hingga kekuningan. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cekodok nasi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
0
Shares
Previous Article
tauhu sumbat kuah kacang

Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang (Sedapnya Bikin Ketagih)

Next Article
terung goreng berlada

Resepi Terung Goreng Sambal Cili Padi (Membangkitkan Selera)