Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Carrot Oat Cupcakes Lebih Sihat Tapi Rasa Tetap Sedap!

author name

📄

Oat merupakan salah satu sumber karbohidrat yang lebih sihat. Ianya merupakan karbohidrat kompleks yang mengambil masa lebih lama untuk terurai. Oleh itu, ianya lebih mengenyangkan daripada mengambil tepung putih biasa sahaja. Selalunya, rasa oat sahaja tidak disukai ramai, akan tetapi, inovasi seperti resepi kali ini, iaitu, carrot oat cupcakes merupakan satu inisiatif bijak untuk mengambil oat!

Carrot oat cupcakes menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Jangan khuatir dengan rasanya, kerana pasti ianya lazat, malahan lebih lazat daripada kek lobak biasa! Di dalam resepi kali ini, terdapat juga penggunaan nenas yang menghasilkan rasa masam – masam manis dan digabungkan bersama krim keju yang berlemak!

Resepi ini dikongsikan oleh Sue Hussain dan mendapat banyak shares di media sosial tau! Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Carrot Oat Cupcakes

carrot oat cupcakes
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Carrot oat cupcakes:

  • 2 cawan tepung gandum *
  • 2 sudu teh double action baking powder*
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate *
  • 1/2 sudu teh garam *
  • 1/2 sudu teh serbuk pala*
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis *
    (semua bertanda * disatukan & ayak)
  • 4 biji telor gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 + 3/4 (2x sukat) cawan minyak jagung/minyak masak
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan carrot sagat (guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
  • 1 cawan nenas tin (cincang kasar & toskan)
  • 1 cawan oats
  • 1 cawan kekacang yang disukai (bakar sekejap dan dicincang kasar)

Cream cheese topping:

  • ½ ketul unsalted butter
  • 250g philadelphia cream cheese
  • Beberapa titis esen vanilla
  • 3 sudu besar gula icing

Cara – cara memasak:

Carrot oat cupcakes:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Susun cawan kertas atas loyang.
  2. Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau lima minit hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak.
  4. Kacau hingga sebati guna spatula.
  5. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
  6. Akhir sekali, masukkan kacang yang disukai.
  7. Tuang ke dalam cawan kertas dan masukkan ke dalam oven.
  8. Bakar selama 15-20 atau hingga masak.
  9. Dah sejuk bolehlah letakkan topping

Cream cheese topping:

  1. Putar butter supaya lembut.
  2. Masukkan cream cheese dan pukul sebati.
  3. Masukkan gula, putar sehingga kembang dan masukkan esen vanilla.
  4. Putar sehingga sebati.
carrot oat cupcakes 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *