Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Cakoi Sedap Dapat Yang Gebu Dan Lembut

Jika anda masih mencari idea menu hidangan petang, kami cadangkan anda cuba menu cakoi. Cakoi memang sedap dinikmati bersama keluarga sebagai menu minum petang. Kebiasaanya cakoi ini dihidangkan bersama kuah kacang atau sangkaya pandan. Ikut pada citarasa masing-masing.

Rupa bentuk cakoi juga boleh dibuat mengikut citarasa anda, selalunya kalau di luar kita nampak bentuk panjang dan baby cakoi, kalau anda buat sendiri anda boleh pelbagaikan lagi bentuk cakoi ini. Jom baca resepi cakoi beserta kuah sampingannya.

1. Resepi Cakoi dan Sangkaya Pandan

Resepi pertama ini dari Liza Rahman, beliau membuat cakoi beserta kuah sangkaya pandan. Selepas ini tak perlu lagi dah nak beli di luar buat sendiri puas hati.

Bahan-bahan

Resepi cakoi

  • 1 peket yis
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cwn air suam
  • (Satu kan bahan diatas hingga kembang dalam 10 minit)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 cawan air suam

Cara Penyediaan

  1. Uli semua bahan2 diatas kedalam mangkuk besar.
  2. Biar adunan lembik sedikit tapi jangan sampai melekat ditangan.
  3. Rehatkan dalam 1/2 jam atau sehingga kembang.

Resepi kaya pandan

  • 1 cawan Air daun pandan
  • 1 kotak kecil santan
  • 6 sudu besar gula
  • Telur 2 biji
  • Susu cair atau full cream 1/2 cawan atau lebih pun ok
  • 3 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan

  1. Blender semua bahan diatas. Hingga sebati. Kemudian tapis.
  2. Masak gunakan double boiler. Kacau jangan berhenti sehingga pekat dan masak.

2. Resepi Cakoi Simple

Kalau anda mencari resepi cakoi yang simple nak buat anda boleh cuba resepi dari Suraya Yaacob ini confirm jadi menu minum petang anda.

Bahan-bahan

  • 300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
  • 2 sudu makan gula
  • ½ peket yis mauripan
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • ⅓ cawan minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
  2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
  3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
  4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
  5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

3. Resepi Cakoi Lembut dan Gebu

Ini pula resepi cakoi yang dapat tekstur lembut dan gebu, Memang sedap bila dapat pula makan yang baru digoreng, Resepi ini dari Norsham Norhissamshah,

Bahan-bahan

  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • 1/4 camca teh yis segera
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca besar minyak mazola
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Pertama dalam satu bekas masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata.
  2. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yis segera kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan.
  3. Masukkan bahan campuran gula, garam minyak dan air tadi. Adun hingga sebati terlebih dahulu.
  4. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 .30 jam.

4. Resepi Cakoi Versi Sabah

Kalau nak tahu cakoi versi Sabah ini berlainan sedikit dengan resepi dari Semenanjung. Di Sabah mereka akan mencalit sedikit mentega dan kaya pada cakoi. Menarik kan resepi dari Masnah Bakir.

Bahan-bahan

  • 1 cawan air
  • 2 sudu kfc gula
  • 1/2 sudu kfc garam
  • 1 sudu makan minyak
  • (Satukan semua bahan di atas)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kfc soda bikarbonat
  • 1 sudu makan yis

Cara Penyediaan

  1. Uli bahan diatas sehingga menjadi doh. Doh sempurna bila tiada tepung melekit di tapak tangan.
  2. Rehatkan doh selama 1 jam.
  3. Canai doh, bentuk seperti kuih cakoi.
  4. Goreng dlm minyak yg byk dan panas.
  5. Selepas dah masak, bubuhlah inti kaya dan majerin di tengah kuih tu, belah dengan pisau.

5. Resepi Cakoi Tanpa Yis

Tak semua orang suka atau boleh makan yis. Resepi dari Zara Jane Qadry ini tidak menggunakan yis dalam pembuatan cakoi.

Bahan-bahan

  • 2 cwn susu uht
  • 2 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 sb baking powder
  • 1/2 sb baking soda
  • 1 sk garam atau gula
  • 1/2 cwn tepung gandum standby
  • 1 sb minyak

Cara Penyediaan

  1. Bila membuat cakoi, doh perlu sangat lembut.
  2. Campurkan semua bahan kecuali tepung standby. Uli sampai jadi macam gambar pertama, doh sangat lembut dan mungkin melekat sikit pada jari. Kalau terlalu melekit boleh tambah tepung standby sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak.
  3. Sapukan minyak di keliling doh dan biarkan kembang selama 1 jam.
  4. Bila dah kembang, sapukan sedikit tepung di atas tempat uli dan letak doh di atas. Jangan guna banyak sabgat tepung. Juga renjis tepung di bahagian atas sebelum mula rolling. Buat bentuk segi 4 macam dalam gambar dan potong. Selepas potong, letakkan semua doh berdua, dan tekan di tengah dengan lidi chopstick. Tarik doh memanjang sebelum goreng. Pastikan minyak panas jadi doh akan naik dan cakoi mengembang.

Resepi Menarik Yang Lain

Selain cakoi, kami turut menyediakan pelbagai lagi juadah minum petang untuk anda. Rugi tak baca. Selamat membaca dan terima kasih kerana menjadikan kami sebagai rujukan anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!