Resepi Tradisional, Moden & Terkini

BUTIR NANGKA KELANTAN

RESEPI BUTIR NANGKA KELANTAN YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH!

Try la buat, letak dlm peti sejuk sblm berbuka, cair ditekak! Sedap.. Share la..

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

• 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
• air
• sedikit kapur makan
• secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
• (bahan utk kuah)
• santan dari setengah biji kelapa
• gula
• 1 sudu makan halba.. tak letak
• garam
• daun pandan
#5 ulas nangka dipotong memanjang – saya tambah

Cara-cara
1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. Kacau.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul.
3. Gaul sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.
4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan. Apabila masak ia akan timbul.
5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
6.Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.

P/s :

Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. Sama juga dengan halba.Boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Masak butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya sehingga mendidih..

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!