Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bubur Sum Sum Sempoi Mesti Mak Mentua Suka

Resepi kali ini merupakan sejenis manisan unik yang sangat popular dikalangan negara Nusantara seperti Malaysia dan Indonesia. Bubur sum-sum diperbuat daripada tepung beras yang dimasakan bersama santan, tepung jagung dan garam. Ia dimasak sehingga menjadi pekat dan disejukkan terlebih dahulu. Kemudian sebelum dihidang ia akan dituang dengan kuah atau sirap gula merah yang akan menaikkan rasa bubur sum-sum ini.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan bubur sum-sum ini dan bahan-bahan yang diperlukan ini boleh didapati dikedai berdekatan anda.

Bahan-bahan

  • 3 helai daun pandan – dicuci dan diikat kemas
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1tsp garam

Kaedah

  • Dalam periuk, campurkan semua bahan di atas. Kacau hingga sebati.
  • Letakkan periuk di atas api  dan kacau hingga ia menjadi pekat, berkilat dan meletup-letup
  • Keluarkan dari periuk dan sejukkan didalam mangkuk atau apa-apa acuan.

Bahan-bahan sirap gula merah

  • Gula pasir secukup rasa (ikut suka)
  • Gula merah – 3 sudu makan dan di potong-potong)
  • Air 1 cawan
  • 2 helai daun pandan
  • 1tsp tepung jagung+1tbs air 

Kaedah

  • Didalam panaskan semua bahan hingga gula larut sepenuhnya.
  • Tambahkan air tepung jagung agar lebih pekat.

Bubur sum-sum biasanya dinikmati ketika sejuk, namun bagi sesetengah orang ia juga sedap dinikmati ketika panas suam-suam. Terpulang lah pada citarasa anda dan diharap anda akan mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!