Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bubur Lambuk Kedah Kanji Paling Ngam Buat Semua

Bubur Lambuk Kedah juga dikenali sebagai kanji merupakan hidangan yang popular di Utara Malaysia. Ianya merupakan gabungan bubur nasi bersantan yang dihidangkan bersama dengan kerabu. Bubur lambuk kedah juga merupakan salah satu alternatif makanan sihat yang boleh dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira umur. Ianya lebih sihat kerana terdapat sumber fiber yang banyak dan masih lagi memberikan rasa yang lazat.

Tahukah anda, resepi bubur lambuk Kedah ini amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahan yang digunakan di dalam hidangan ini boleh didapati di pasaraya berdekatan. Kini, anda boleh menyediakan resepi ini dan hidangkannya kepada yang tersayang! Pasti mereka semua menyukai hidangan anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Firdaus dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom tengok!

Resepi Bubur Lambuk Kedah

bubur-lambuk-kedah
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kanji:

  • 3 pot beras
  • 3 sudu besar udang kering
  • 1 inci halia dihiris
  • Bawang besar dihiris
  • Daun kunyit
  • Santan sekotak

Kerabu:

  • Taugeh (dicelur sebentar)
  • Kacang panjang (direbus)
  • 4 sudu udang kering (ditumbuk)
  • 3 tangkai cili merah
  • Sedikit cili api (ditumbuk bersama udang kering)
  • Bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • Kerisik

Cara – cara memasak:

Kanji:

  1. Rebuskan beras bersama bahan lain sehingga beras kembang kecuali santan.
  2. Apabila sudah kembang, masukkan santan dan perasakan mengikut garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing – masing.

Kerabu:

  1. Gaulkan kesemua bahan.
  2. Letakkan garam secukup rasa.
  3. Sedia untuk dihidangkan bersama telur masin.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!