Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Buah Melaka (Tak Cukup Makan Satu!)

author name

📄 ,

Buah Melaka merupakan kuih tradisi orang Melayu. Didalamnya ada gula melaka yang cair di mulut, dipadankan dengan rasa kelapa diluarnya. Bentuknya bulat dan kecil. Kalau sesiapa yang makan buah melaka, pasti tak cukup satu. Confirm nak lagi!

Tahukah anda, buah melaka tidak susah untuk disediakan. Ianya juga boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga yang lebih sihat. Jadi, anak – anak anda juga boleh mempelajari motor skill dan menghasilkan juadah bersama.

Resepi ini dikongsikan oleh Mdm Kelly dan mendapat banyak likes dan share di Facebook!

Resepi Buah Melaka

buah-melaka
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 camca tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Gula Melaka potong kecil
  • Kelapa parut gaul sedikit garam
  • Daun pandan

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan air dalam periuk dan masukkan daun pandan.
  2. Kemudian gaul tepung, pewarna dengan air hingga tepung boleh digentel.
  3. Ambil tepung letak ditapak tangan dan letak gula melaka.
  4. Buat bulat – bulat hingga habis.
  5. Bila air dah mendidih masukkan tepung yang digentel tadi.
  6. Apabila tepung dah timbul angkat dan gaul dengan kelapa.
  7. Siap!

Resepi – resepi yang boleh dicuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *