Resepi Botok Botok Ikan Tenggiri (Lauk Tradisional Sedap)

botok-botok tenggiri

Apa itu botok-botok ikan tenggiri? Pernahkah anda makan botok-botok ikan tenggiri?

Botok-botok ialah makanan khas Jawa yang awalnya terbuat daripada hampas kelapa yang sudah diambil pati santannya. Kemudian hampas kelapa ini diberi rencah lada, garam, lada putih, daun salam, dibungkus dalam daun pisang kemudian dikukus.

Di Malaysia, botok-botok telah dipelbagaikan dengan ulam raja, pegaga, pucuk ubi, selom, pucuk mengkudu, daun kaduk, tauhu, bilis, udang dan ikan. Pada perkongsian ini kami akan mengajarkan anda cara membuat botok-botok ikan tenggiri.

Citarasa tradisional ini membuat ramai orang suka akan botok-botok. Selalunya botok-botok dihidangkan sebagai lauk. Resepi dikreditkan kepada ‎Aishah Sa’iedah Selamat‎ yang berkongsi di laman Facebook.

Resepi Botok-Botok Ikan Tenggiri

botok-botok tenggiri
Imej via Facebook

Bahan A :

  • **Serai 6 batang (guna bahagian batang putih sahaja),
  • **Bawang merah sederhana 4 biji.
  • **Bawang putih 3 ulas.
  • **Lengkuas 2 inci.
  • **Halia 2 inci,
  • Kerisik,
  • Rempah kari ikan,
  • Santan segera separuh,
  • Air asam jawa.
  • Ikan tenggiri dipotong-potong setengah inci, letak asam jawa, garam dan kunyit.
  • Daun pisang.

Bahan B :

  • Ulam raja,
  • Pegaga,
  • Pucuk ubi,
  • Selom,
  • Pucuk mengkudu,
  • Daun kaduk.
    *Bahan B adalah untuk membalut ikan dan tumisan rempah sebelum dikukus dengan daun pisang.

Cara-cara :

  1. Blend bahan ** sehingga lumat. Jangan letak air terlalu banyak.
  2. Tumis bahan blend sampai garing kering setelah dicampur dengan kerisik, rempah kari ikan dan santan segera.
  3. Guna santan segera agar tumisan pekat, jika guna santan cair maka tumisan akan cair tidak sesuai untuk diperap bersama ikan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Jumlah dan sukatan terpulang pada anda.

Cara Bungkus Botok-botok :

  1. Di atas daun pisang, lapisan pertama letakkan pucuk ubi. Diikuti pucuk-pucuk lain.
  2. Kemudian letakkan tumisan tadi.
  3. Terus letak ikan di atasnya.

    botok-botok tenggiri
    Imej via Facebook
  4. Lepas letak ikan, ulang langkah sama. Lapiskan semula dengan daun pegaga, daun selom dan ulam raja, akhir sekali lapiskan dengan pucuk ubi.
  5. Balut mengikut kreativiti dan kemampuan masing-masing.

    botok-botok tenggiri
    Imej via Facebook
  6. Kukus dalam pengukus selama 20-30 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi botok-botok ikan tenggiri, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment