Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Blue Ocean (Mocktail)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman mocktail. Hidangan seperti ini diinspirasi dari jenis minuman cocktail. Cocktail adalah sejenis minuman berasaskan arak dan juga sirap ya g berwarna warni. Ia amat menarik, namun bagi kita yang tidak minum alkohol, mocktail adalah pilihan terbaik.

Air blue ocean dibuat daripada air soda mountain dew yang berwarna biru, bersama jus sunquick. Rasanya amat berbeza dan sedap, jadi anda haruslah mencubanya menggunakan bahan-bahan berikut.

Resepi Air Blue Ocean

Bahan-Bahan

  • 1 botol kecil minuman soda warna biru (guna jenama Mountain Dew)
  • 1 sudu besar oren Sunquick
  • Nata de coco secukupnya (pilihan)
  • 1 sudu teh biji selasih (rendam dgn air panas hingga kembang)
  • Air batu secukupnya

Kaedah

  • Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
  • Kemudian masukkan nata de coco
  • Tuangkan air soda biru mountendew
  • Masukkan juga biji selasih dan ketulan air batu
  • Sedia di hidangkan

Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati. Jika anda suka lebih manis anda boleh menambah gula didalam sunquick untuk mengurangkan rasa masamnya. Hidangkan minuman ini bila-bila masa anda inginkan, seperti ketika menyambut kedatangan tetamu istimewa anda. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!