Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bluberry Cheese Tart (Dessert Mewah Yang Mudah)

Jika anda bosan hidangan pencuci mulut itu-itu sahaja, bagaimana kalau anda cuba buat blueberry cheese tart pula. Ada banyak jenis resepi blueberry cheese tart, namun selalunya lagi rumit dan banyak yang tidak menjadi. Kali ini kami akan berkongsi resepi blueberry cheese tart yang senang dan terus menjadi.

Bluberry cheese tart dibuat dengan menyediakan shell tart yang diperbuat daripada marjerin atau butter, telur, gula, tepung dan esen vanilla. Kemudian inti blueberry akan diletak di dalam shell sebelum akhirnya dilapis dengan cheese yang dipaip gebu membukit.

Selain tampilan luaran yang menarik, rasa blueberry cheese tart juga tidak diingkari memang super sedap. Kegebuannya yang berintikan blueberry terasa manis dan lembut di dalam mulut.

Cantik, comel dan gebu hidangan ini jadi kegemaran keluarga, suami dan anak mesti suka. Sesuai pula dijadikan hidangan untuk berniaga. Jom terjah resepi blueberry cheese tart oleh Azwa Zakaria di laman Facebook.

Resepi Blueberry Cheese Tart

blueberry cheese tart
Imej via Facebook

Resepi Crust :

  • 170 gram marjerin atau butter,
  • 50 gram gula aising,
  • 1 biji telur Gred C,
  • 290 gram tepung gandum,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • Acuan tart.

Cara-cara:

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
  8. Crust atau shell ini boleh disediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

    blueberry cheese tart
    Imej via Facebook

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Resepi Cheese :

  • 250 gram cream cheese,
  • 50 gram gula kastor/gula halus,
  • 1 biji telur saiz B,
  • ½ sudu teh esen vanilla/esen lemon.

Cara-cara :

  1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Sediakan filling yang kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas untuk buat filling cheese tart ini. Bahan-bahan untuk filing ini boleh kita dapatkan dari kedai-kedai menjual bahan untuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga dibuat sendiri.
  5. Masukkan filling ke dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

    blueberry cheese tart
    Imej via Facebook
  6. Masukkan cheese ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yang sama untuk letakkan filing tadi. Di mana, kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

    blueberry cheese tart
    Imej via Facebook
  7. Bakar selama 5 minit pada suhu 170°C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Nota : Resepi dalam gram, sila google untuk mengubah guna cawan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi blueberry cheese tart, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!