no comments

Resepi Biskut Snow Almond (CRUNCHY Dan Lembut)

Biskut snow almond, biskut sedap patut cuba. Ramai suka akan kerangupan biskut ini. Mungkin kali ini anda teringin cuba?

Biskut ini amat sesuai untuk kudapan biskut hari raya, atau sebagai makanan ringan buah tangan dibawa ke rumah mertua. Ianya memiliki tampilan yang klasik namun mewah serta rasa biskut manis, padat dibalut coklat, rangup namun lembut di mulut. Amboi, sedap sungguh biskut ini!

Kanak-kanak hingga orang dewasa mesti suka. Disebabkan tekstur yang padat tadi serta rasa yang sedikit manis, biskut snow almond boleh mengenyangkan juga. Rangup bila digigit terasa almond nips dalam biskut.

Siti Solehah‎‎ berkongsikan resepi snow almond di Facebook. Ramai yang cubakan resepi ini dan semua menjadi dengan jayanya. Jika anda teringin cuba, sila baca perkongsian kami di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Snow Almond

snow almond

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 125 gram buttercup/majerin,
  • 60 gram gula halus,
  • 1 biji kuning telur,
  • Segenggam badam nips.

Bahagian A :

  • 65 gram susu tepung,
  • 60 gram tepung jagung,
  • 60 gram tepung custard,
  • 110 gram tepung gandum cap rose,
  • 1 sudu kecil emplek.

Hiasan :

  • Serbuk roti putih,
  • Coklat masakkan 200 gram,
  • 2 sudu coco butter.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahagian A bagi sekata.
  2. Kacau butter, gula dan telur, masukkan badam nips, gaul.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sampai jadi doh.
  4. Leperkan doh dan potong petak.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.
  6. Doubel boil coklat masakkan 200 gram dan 2 sudu coco butter.
  7. Celup biskut dan gaul dengan serbuk roti.

    snow almond

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi snow almond, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Reply