Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Nestum Madu (Crunchy Sangat!)

author name

Biskut Nestum Madu merupakan biskut yang amat digemari oleh kanak kanak. Ini kerana rasanya yang manis dan crunchy, serta sizenya yang comel.

Biskut Nestum Madu juga mudah untuk disediakan. Ianya senang kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Bahan asasnya cuma nestum, yang mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu dan mendapat banyak komen positif di Facebook beliau. Jom kita lihat!

Resepi Biskut Nestum

biskut-nestum
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1 3/4 cawan brown sugar atau 1 1/2 cawan gula
  • 1 sdb esen
  • 1 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 cawan tepung Red Rose (tepung biskut)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sdk soda bikarbonate
  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan coklat chip
  • Almond nibs

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan butter bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati dan gula hancur.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan minyak jagung.
  4. Masukkan tepung biskut, tepung jagung dan soda bikarbonate yang diayak terlebih dahulu.
  5. Masukkan nestum madu dan gaulkan kesemuanya.
  6. Masukkan 1 cawan chocolate chips bersama almond nibs.
  7. Gaul sehingga sebati dan cubit menggunakan tangan.
  8. Oleskan loyang dengan sedikit butter supaya tidak melekat.
  9. Bakar mengikut kepada ketuhar masing – masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *