Resepi Biskut Kelapa (Rasa Sekali Hendak Lagi)

Pasti kita semua pernah merasai biskut kelapa. Tidak dinafikan biskut kelapa ini memang sedap dan jika sudah mula makan memang susah hendak berhenti.

Resepi biskut kelapa yang akan kami kongsikan kepada anda ini amatlah mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Yang paling penting sekali mestilah hasilnya yang sangat sedap.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat dengan lebih lanjut resepi biskut kelapa yang telah dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di akaun Facebook miliknya.

Resepi Biskut Kelapa

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ketul butter (250gm)
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan kelapa parut (sangai dalam kuali hingga agak kekuningan)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Cara – cara penyediaannya:

  1. Pukul gula dan butter hingga sebati menggunakan senduk kayu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan kelapa sangai tadi.
  4. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg boleh diterap.
  5. Bakar suhu 160 c selama 25 min.

P/s: Jika adunan agak lembik, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Kek Coklat (Lazat dan Mudah)

Next Article

Resepi Popia Sambal Manis (Confirm Teringat!)