Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Kacang (Sangat Ringkas)

author name

Resepi kali ini adalah resepi yang sesuai sebagai kudap-kudapan. Tetapi ia paling kerap ditemui dihari raya. Biskut Kacang ini diperbuat dari tepung,gula,mentega dan minyak. Minyak yang biasa digunakan ialah minyak jagung atau canola. Ini adalah agar biskut ini mempunyai aroma yang lebih sedap. Tapi anda juga boleh guna minyak masak biasa.

Biskut kacang ini dipercayai berasal dari Kanada dan dibawa keAmerika Syarikat. Dari situ ia berkembang dan selaras dengan perkongsian maklumat,resepi ini digemari di seluruh pelusuk dunia. Oleh itu sebelum kita bercerita lebih lanjut,mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Biskut Kacang ( Sangat Ringkas)

Bahan A

  • 2 cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak. Kemudian kisar jangan sampai halus sangat)
  • 2¼ cwn tepung dan baking powder 1/4 sudu teh
  • ½ cwn gula halus
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • Secubit garam.

Bahan B

  • ½ cwn minyak mazola/minyak masak .

Hiasan

*Kuning telur sebagai sapuan atas biskut

Kaedah

  • Panaskan oven suhu 170°, sediakan dan gris loyang leper untuk bakar biskut.
  • Gaul sebati bahan A.
  • Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit,sehingga tak lekat di tangan.
  • Setelah siap,terapkan dgn acuan pilihan.
  • Bakar selama 20 minit sahaja.
  • Untuk memastikan ia telah masak, cuba alihkan biskut dan jika ia bergerak bermakna ia telah masak.
  • Bolehlah diangkat dan sejukkan diatas besi redai.
  • Simpan didalam bekas kedap udara.

Biskut Kacang

Biskut Kacang Siap

Rasa biskut ini sangat sedap dan cair dalam mulut. Rasanya juga tidak berapa manis,jadi anda boleh tambah sedikit lagi gula jika anda suka. Jika anda tiada acuan,anda boleh bulat-bulatkan ia dan tekan menggunakan sudu sebelum anda meletakkan sapuan kuning telur.

Jadi cubalah ia hujung minggu nanti, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di meja pejabat anda. Pasti ‘laku keras’ biskut anda. Jadi jangan lupa untuk mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba.

Terima kasih kerana melayari laman kami disini ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba untuk menambahkan idea masakan anda! Jadi selamat mencuba ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *