Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Bangkit Cheese Kuih Raya Kudapan Bila Bila Masa!

Biskut ini merupakan warisan turun temurun yang telah diubahsuai mengikut peredaran zaman. Terutama menjelang hari raya biskut bangkit sentiasa mendapat permintaan kerana kerangupannya dan rasanya yang melekit dilelangit bila dimakan. Pun begitu demi memenuhi permintaan, biskut bangkit kali ini ditambah dengan keju bagi menaikkan rasanya sesuai dengan selera orang kini.

Lazaimnya biskut bangkit digemari kerana ia akan melekat dilelangit menjadikan ia menarik tetapi ini kerana penggunaan tepung ubi. Begitu jua biskut bangkit cheese ini, perbezaannya ialah penggunaan cream cheese yang memberi aroma yang sedikit berbeza.

Resepi ini telah dikongsi oleh Nor Azliza Mohamed dan ianya telah mendapat banyak perkongsian dan telah dicuba, jadi ia adalah resepi wajib cuba kerana kelainannya.

Resepi Biskut Bangkit Cheese

bangkit cheese
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 250 g buttercup
  • 1 cawan gula castor
  • 150 g cream cheese
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan Ayak:

  • 3 cawan tepung ubi kayu (sangai dalam 10 minit)
  • 2 1/2 cawan tepung jagung
  • 30 g keju cheddar (timbang & parut halus)

Cara – cara memasak:

  • Campurkan butter dengan gula sehingga putih berkrim
  • Masukkan cream cheese, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bahan ayak ke dalam adunan A. Uli sehingga tidak melekat di jari.
  • Jika adunan lembik, tambahkan sedikit tepung kayu ubi.
  • Masukkan parutan keju cheddar.
  • Terapkan dengan acuan yang disukai.
  • Bakar 150C ke 160C dalam 30 minit. Siap!
bangkit cheese 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!