Biskut Bangkit Cheese

Sy dh pun selesai buat biskut raya ke5..
Biskut Bangkit Cheese..
Pertama kali buat biskut nie..
Sedap jugak..luar dalam ada cheese.
Nie saya sertakan resepi bagi yg nk cuba..
Resepi sy ambil dr page masakan,tp x ingt page mna..

Resepi Biskut Bangkit Cheese

250g mentega
180g gula aising
2 biji kuning telur
250g tepung ubi – Sangai 10 minit
225g tepung jagung
1/2 sd teh baking powder
70g keju cheddar yg diparut – utk letak dlm adunan.

Hiasan
Kuning telur
Keju cheddar – diparut

Cara-cara
– Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
– Masukkan kuning telur dan pukul lagi sampai sebati.
– Masukkan semua bahan lain. Gaul sampai jadi doh..
– Canai dan terap guna acuan pilihan.
– Sapukan sedikit kuning telur dan tabur parutan keju cheddar.
– Bakar pd suhu 160’c, 15-20 minit.

* Adunan mula2 nampak lembik..
Makin uli baru ok..x payah tmbah tepung dh..
* Masa nk canai n terap jgn ambil doh bnyk2..buat sikit2 je,sbb ada msa snang kita nk angkt letak dlm dulang,ada msa ssah..
* Celup acuan dlm tepung sbelum terap n msa terap tu ginjak2 sikit bg longgar..tkot doh tu melekap kuat ats ppan canai ssh nk angkat..

Kredit resepi kepada ShEra ShazEira‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
0
Shares
Previous Article

Tepung bungkus

Next Article

Bebola Kentang Cheese