Resepi Bihun Soto + Sambal Kicap (Versi Ringkas!)

bihun-soto-sambal-kicap

Alamak, tiba tiba ada tetamu nak datang rumah? Tak tahu nak masak apa? Jangan risau, jangan khuatir! Apa kata anda cuba sediakan bihun soto bersama sambal kicap? Kali ini kami bawakan versi yang ringkas khas buat anda semua!

Bihun Soto bersama sambal kicap ini juga dijamin mengenyangkan perut semua! Cara pembuatannya juga mudah dan bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ilyani Darus dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita tengok!

Resepi Bihun Soto + Sambal Kicap

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan sup:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Perencah soto/sup mak siti
  • Ayam/tulang
  • Fishball/fishcake

Bergedil

  • Kentang
  • Garam
  • Isi Ayam
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Telur

Sambal kicap:

  • Cili api
  • Kicap
  • Bawang goreng
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

Bahan tambahan:

  • Ayam goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang racit
  • Bawang goreng
  • Taugeh

Cara – cara memasak:

Sup:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan perencah sup atau soto jenama Mak Siti.
  4. Masukkan tulang atau ayam. Apabila sudah kecut, masukkan air.
  5. Apabila sudah empuk, masukkan garam dan sedikit air sehingga cukup rasa.

Bergedil:

  1. Rebus kentang dan letakkan garam.
  2. Tos dan lenyekkan kentang.
  3. Letakkan isi ayam, daun sup dan daun bawang.
  4. Kepalkan adunan tersebut dan goreng bersama telur.

Sambal kicap:

  1. Kisarkan cili api bersama kicap, bawang goreng, gula, garam dan perasa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Give a Comment