Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Goreng Kuning (Lain Macam)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi inovasi dari resepi bihun goreng yang biasa kita temui. Bihun goreng kuning ini bukan sahaja menggunakan serbuk kunyit tetapi juga menggunakan kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu. Oleh itu rasanya juga sedikit berlainan lantaran penggunaan kacang tanah tadi.Ā 
Bihun goreng walaupun tampak mudah, namun jika tidak kena dengan caranya ia akan lembik jika terlalu lembut ketika mula digoreng. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi goreng bihun dan tips agar bihun tidak hancur ketika digoreng. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menghasilkan bihun goreng kuning.

Resepi Bihun Goreng Kuning (Lain Macam)
Bahan utama

  • Sebungkus bihunĀ 

Bahan-bahan kisar

  • Cili kering segenggam
  • Bawang merah 4-5ulas
  • Bawang putih 3ulas
  • Ikan bilis sedikit
  • Kacang tanah goreng segenggam

Bahan perasa

  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.

Bahan rencah (pilihan)

  • Udang keringĀ 
  • Udang kecil
  • Fishcake

Kaedah

  • Rendam bihun menggunakan air paip sahaja hingga lembut.Ā 
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan rencah yang telah dibersihkan dan dihiris kecuali udang. Gaul hingga semua sebati
  • Tambah garam, serbuk perasa,serbuk kunyit,cuka dan sedikit gula.
  • Masukkan bihun dan tambahkan air jika bihun masih keras lagi.
  • Gaul perlahan-lahan hingga bihun menjadi sebati dan lembut.
  • Barulah besarkan api dan terus goreng hingga bihun benar-benar masak dan sebati.
  • Apabila telah siap bolehlah dihiasi dengan telur hancur, hirisan cili merah dan bawang goreng.
  • Siap.

Bihun goreng ini mendapat warna kuningnya dari serbuk kunyit. Oleh itu rasanya juga sedikit berbeza dari bihun goreng yang biasa kita temui. Namun keenakan dan keistimewaannya terletak pada penggunaan kacang tanah yang digoreng tadi. Jadi jangan lupa mencuba resepi yang mudah ini untuk santapan sarapan pagi anda bersama keluarga yang tersayang. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!