Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Kumpulan Resepi Bergedil Kentang (Terpaling Lazat)

Adakah sesiapa yang tidak kenal begedil kentang? Ada yang panggil Pergedil ataupun Bergedel. Makanan tradisional ini merupakan kesukaan ramai yang sukar dielakkan. Begedil kentang sejatinya ialah makanan berbahan asas kentang yang dilenyek hancur kemudian digaulkan bersama bahan perasa lain. Jangan lupa kentang direbus ataupun digoreng terlebih dulu sebelum dihancurkan, kalau tidak memang takkan menjadi begedilnya.

Begedil kentang makanan sederhana yang selalu jadi menu sampingan setiap hidangan. Begedil kentang lebih terkenal bila digandingkan dengan soto. Namun tidak dinafikan diratah macam itu sahaja juga menyelerakan. Tambahan pula ada sambal pedas manis sebagai pencicah, memang boleh habis berketul-ketul.

Walaupun tampak senang, cabaran membuat begedil kentang boleh tahan juga. Ramai keluhan pasal begedil yang hancur lebur semasa digoreng dan lain-lain. Apakah yang boleh sebabkan itu berlaku?

Tips supaya begedil tidak hancur atau lembik :

  • Ubi kentang jangan direbus tapi digoreng.
  • Bentukkan begedil jangan kecil sangat. Buat saiz sedang-sedang. Kemaskan betul-betul.
  • Celup telur dan masukkan ke dalam minyak yang betul-betul panas.
  • Jangan balik-balikkan. Cukup sekali pusing sahaja.
  • Jom tengok resepi di bawah. Kesemua resepi daripada perkongsian laman Facebook amat mudah dan berbaloi untuk dicuba.

Resepi Begedil Kentang Tidak Hancur

Imej via Facebook

Jangan mudah menyerah masak begedil kentang, macam sis SD Ain yang berkongsi di laman Facebook. Berkali-kali buat begedil selalu tak jadi, bila goreng terus jadi hancur lebur dalam kuali. Gigih mencuba akhirnya menjadi dengan jayanya. Rasa pun sedap sangat.

Bahan-bahan :

  • Kentang,
  • Isi ayam direbus,
  • Bawang goreng,
  • Daun sup dicincang,
  • Lada hitam atau lada sulah,
  • Perasa (garam, gula, aji),
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Lenyekkan kentang yang digoreng sampai hancur.
  2. Masukkan isi ayam rebus yang dicarik-carikkan.
  3. Masukkan bawang goreng (rahsia kesedapan) dan daun sup yang dicincang (jika mahu).
  4. Masukkan lada sulah atau lada hitam.
  5. Masukkan perasa (garam, gula, aji) sedikit sahaja. Gaulkan sebati.
  6. Bentukkan dan celup ke dalam telur sebelum digoreng.

Resepi Croquettes ‘begedil’ Western

Imej via Facebook

Pernah dengar croquettes ataupun begedil omputih? Inilah dia begedil versi mat saleh yang biasa dipanggil ‘kroket’. Makanan ini berasaskan kentang lecek yang dibentukan bujur atau silinder. Bahan inti croquettes antaranya daging, ayam, atau ikan tuna. Makanan ini lazim dimakan di seluruh dunia. Ayuh cubakan resepi croquettes mudah dan sedap daripada Su Hani di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 6 biji kentang russet (direbus dan dilenyek),
  • ½ cawan susu segar,
  • 1 biji bawang putih ditumbuk halus,
  • 2 sudu parmesan cheese,
  • 2 sudu butter,
  • Garam secukup rasa,
  • Serbuk lada sulah,
  • Sedikit daun sup dan daun bawang.
  • 2 biji telur dipukul biasa,
  • Breadcrumbs,
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng. Minyak harus betul-betul panas semasa menggoreng untuk mengelakkan kentang jadi hancur.

Cara-cara :

  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas hingga lenyek tapi tidak terlalu cair atau keras (senang diuli bulat atau bujur) kecuali telur dan breadcrumbs.
  2. Uli banyak-banyak jadi senang digoreng untuk jimat masa.
  3. Selepas itu, kentang yang diuli digaul dengan telur dan breadcrumbs dan goreng hingga warna keemasan.

Resepi Begedil Tanpa Tepung

Imej via Facebook

Tepung selalunya digunakan untuk tambah nisbah begedil jadi makin gebu, pejal dan tidak mudah hancur. Tapi kadang kalau terlampau banyak tepung, rasa semula jadi kentang jadi hilang. Maka itu, apabila anda tidak berapa suka begedil yang penuh tepung, boleh cubakan resepi begedil tanpa tepung ala Yasmin Dayanti Fami di laman Facebook. Resepi ini untuk 30 biji begedil.

Bahan-Bahan :

  • 6 biji kentang direbus,
  • 1 paket daging lembu yang dihiris nipis dan direbus,
  • ½ paket bawang goreng,
  • 1 sudu serbuk perasa sedap,
  • Sedikit daun sup dicincang halus,
  • 2 biji telur dikacau and tambah sedikit garam.

Bahan-bahan untuk kicap :

  • Cili padi segenggam,
  • 6 ulas bawang putih,
  • Kicap kipas udang manis,
  • Limau kasturi.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend kentang dan daging yang sudah direbus tadi untuk dapatkan tekstur tidak berapa halus dan sebati.
  2. Kemudian masukkan bawang goreng dan daun sup ke dalam adunan kentang dan daging tadi.
  3. Jangan lupa letak perisa dan gaul sampai sebati.
  4. Apabila rasa sudah sedap, bulatkan sebesar bola pingpong.
  5. Celupkan lagi ke dalam telur yang sudah dipukul tadi.
  6. Seterusnya panaskan kuali and minyak, masukkan bergedil yang sudah dicelup telur tadi.
  7. Goreng hingga nampak warna kecoklatan, baru angkat.

Cara Menyediakan Kicap Cili Bergedil :

  1. Blend cili padi, bawang putih dan kicap sekali.
  2. Kemudian perah limau ikut tahap kemasaman yang anda suka.

Resepi Begedil Kentang Goreng

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah membuat begedil menggunakan kentang yang digoreng. Adakah beza apabila kentang digoreng ataupun direbus? Ya, semestinya ada. Dah cuba baru tahu, resepi daripada Siti Salfatin Sal di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kentang yang digoreng,
  • Ayam atau daging direbus dan dicincang,
  • Daun sup dihiris,
  • Garam,
  • Telur,

Cara-cara :

  1. Mula-mula lenyek ubi kentang sehingga halus.
  2. Seterusnya masukkan ayam/daging, daun sup, telur dan sedikit garam. Gaul rata.
    Buat bentuk bulat.
  3. Kemudian celup ke dalam telur dan masukkan ke dalam minyak. Masak dengan api sederhana.
  4. Siap dan hidangkan.

Resepi Begedil Kentang Rebus

Imej via Facebook

Jika resepi sebelumnya menggunakan kentang goreng, resepi yang ini pula menggunakan kentang rebus. Penasaran ingin tahu macamana kejadian dia? Ayuh cubakan dengan resepi daripada Siti Salfatin Sal di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kentang rebus,
  • Ayam/daging direbus dan dicincang atau beli daging hancur segera di kedai,
  • Daun sup (dihiris),
  • Garam,
  • Tepung gandum,
  • Telur (dipukul untuk menggoreng sahaja).

Cara-cara :

  1. Mula-mula lenyek ubi kentang sehingga halus.
  2. Masukkan ayam/daging, daun sup dan sedikit garam.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, agak-agak tidak melekat di tangan.
  4. Buat bentuk bulat.
  5. Celup ke dalam telur dan masukkan ke dalam minyak dengan api sederhana. Hidangkan.

Nota :

  • Bahan-bahan tambahan ikut citarasa masing-masing.
  • Gunakan api sederhana, jangan guna api rendah.
  • Penggunaan air fryer sangat tidak sesuai untuk kentang yang ingin dibuat begedil.

Resepi Begedil Kentang Mudah

Imej via Facebook

Resepi seterusnya kita beralih kepada begedil ayam pula. Begedil ayam mudah, jimat masa ibu untuk sediakan begedil ini, anak-anak pun mesti suka. Ayuh kami belanja resepi begedil ayam daripada Aishah Jaafar II di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 5-6 biji ubi kentang,
  • 5 biji bawang merah kecil digoreng,
  • Daun sup dan bawang dihiris halus,
  • Isi ayam dicincang dan goreng,
  • Secubit garam,
  • Secubit lada hitam/putih,
  • Cukup rasa Maggi,
  • 2 biji telur untuk salut,
  • 2 biji cili padi dihiris halus.

Cara-cara :

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan.
  2. Salut dengan telur dan goreng hingga kecoklatan.

Resepi Begedil Sedap

Imej via Facebook

Bak kata peribahasa masuk lif tekan sendiri tapi resepi begedil kali ini memang betul sedap. Macam sis Adila Shafiai buat, sudah berpuluh kali buat begedil tapi kali ini punya memang terbaik. Kali ini kami guna isi ayam. Buat saiz comel sebab ingin makan dengan soto.

Bahan-bahan :

  • 6 biji kentang,
  • Isi ayam (bahagian dada) dicincang kasar,
  • 1 biji bawang holland (potong dadu kecil),
  • 1 biji cili merah besar (hiris kecil-kecil),
  • Sedikit daun sup dan daun bawang dihiris halus,
  • Sedikit bawang goreng,
  • 1 ketul kiub pati ayam,
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam,
  • 1 sudu besar serbuk lada putih,
  • 1 biji telur untuk celup begedil,
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kupas kentang, potong kecil dan cuci bersih. Goreng seketika dalam minyak yang banyak, apabila sudah mula coklat keemasan, angkat dan toskan.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak, masukkan bawang holland dan isi ayam, goreng seketika sampai ayam masak, angkat dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
  4. Seterusnya masukkan isi ayam dan bawang tadi serta semua bahan-bahan yang lain (serbuk lada putih, serbuk lada hitam, kiub pati ayam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  5. Gaul sekata dan bentukkan bulat-bulat.
  6. Panaskan minyak, celup begedil dalam telur yang telah dipukul, kemudian goreng.

Tips untuk dapat begedil elok :

  1. Biar begedil dalam kuali dan balikkan sekali sahaja.
  2. Jangan guna api yang terlampau kuat.

Resepi Begedil Kentang Lobak Merah

Imej via Facebook

Macamana pula kejadiannya jika begedil kentang berintikan lobak merah? Mestilah sedap lagi menyihatkan, kanak-kanak pun suka. Resepi daripada Haslinda Saat di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kentang 10 biji,
  • Daun sup (dicincang halus),
  • Isi ayam @ daging (dicincang halus dan direbus),
  • Lobak merah (diparut kasar),
  • Bawang goreng 2 sudu besar,
  • Garam dan perasa,
  • Telur sebiji.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kentang dipotong kasar dan digoreng sehingga masak.
  2. Terus lenyek kentang ketika panas.
  3. Satukan kentang bersama daun sup, isi ayam, lobak merah, bawang goreng, garam dan perasa.
  4. Bulatkan ikut saiz yang comel, celup dalam telur dan goreng.

Resepi Sambal Kicap Kaw :

  • Cili padi 10-20 biji,
  • Bawang putih 5-8 biji,
  • Air asam jawa,
  • Blend kesemua bahan sekali sampai hancur.
  • Letak kicap, garam, dan gula.
  • Masak sekejap di atas api yang kecil.

Resepi Begedil Kentang Daging Ramly

Imej via Facebook

Resepi begedil seterusnya amat simple sebab guna daging buger ramly sahaja sebab daging segar habis stok. Teringin makan yang buat sendiri baru puas makan. Resepi dikreditkan kepada Wani Sulinan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Daging buger Ramly 3 keping ditumbuk guna lesung dan digoreng.
  • Kentang 6 biji direbus sampai empuk.
  • Bawang goreng 1 genggam.
  • Daun bawang dan daun sup 1 genggam.
  • Telur 1 biji.

Cara-cara :

  1. Campur kesemua bahan di atas dalam satu bekas.
  2. Bubuh garam dan gaul hingga sebati.
  3. Bentukkan ikut suka.
  4. Celup dalam telur.
  5. Barulah goreng hingga masak.

Resepi Begedil Kentang Lazat

Imej via Facebook

Begedil selalunya dijadikan kondimen untuk soto, makan soto tanpa begedil macam ada yang kurang. Fauziah Yahya berkongsi resepi di laman Facebook, sesiapa yang mahu masak begedil untuk besar-besaran boleh juga cuba. Jumlah hidangan dapat 25 biji begedil.

Bahan-bahan :

  • 1 kg ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal ½ inci,
  • 1 biji bawang merah dikisar,
  • 1 pokok daun sup,
  • 1 sudu besar serbuk lada putih,
  • 1 biji cili merah,
  • 1 biji cili hijau,
  • Garam secukup rasa,
  • 2 biji telur,
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng kentang sehingga kekuningan.
  2. Seterusnya angkat dan lecekkan kentang.
  3. Masukkan bawang yang telah dikisar, daun sup, serbuk lada putih, cili merah dan hijau dan sedikit garam. Gaul sebati.
  4. Kemudian ambil sedikit adunan dan buat bulat.
  5. Seterusnya leperkan sedikit dan susun ke atas dulang.
  6. Lalu panaskan minyak dan pecahkan telur guna garfu.
  7. Akhir sekali celup begedil dalam telur dan goreng hingga kekuningan.

Resepi Begedil Popia Ayam

Imej via Facebook

Resepi begedil sedap seterusnya menarik sangat untuk dicuba pasalnya resepi ini menggunakan kulit popia. Agak-agak macamana resepi yang dikongsi oleh Mis Fiona Azua di laman Facebook? Jom cubakan.

Bahan-bahan :

  • ½ ayam kisar,
  • 8 biji ubi kentang,
  • Daun sup/bawang potong kecil,
  • Bawang goreng,
  • Lada hitam,
  • Kulit popia dipotong dua,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng ubi kentang bagi masak kuning.
  2. Kemudian goreng ayam kisar.
  3. Tumbuk ayam dan ubi kentang yang digoreng.
  4. Satukan semua dan perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  5. Bulatkan ubi yang sudah siap.
  6. Lipat popia dan balutkan ubi.
  7. Kemudian celup telur dan goreng.

Resepi Sambal Kicap :

  • 5 biji cili Melaka,
  • Kicap agak-agak,
  • Sos cili 3 sudu,
  • Gula 1 sudu.

Kisar kesemua bahan dan masak sampai kuah agak sudah pekat.

Resepi Menarik Lain

Selain kumpulan resepi begedil kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat sambutan ramai. Sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah datang dan berkungjung di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!