Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bakso Paling Mudah, Semudah ABC!

author name

📄

Bakso merupakan hidangan yang berasal dari Indonesia dan terkenal di tanah air kita. Walaupun hidangan ini berasal dari Indonesia, namanya diambil daripada perkataan Hokkien, iaitu Bak dan So. Hidangan ini terdiri daripada bebola daging lembu, dan mi atau mihun serta hirisan daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap hidangan.

Kali ini kami bawakan resepi bakso yang paling mudah untuk sesiapa sahaja menyediakannya. Ianya boleh disediakan pada waktu keraian atau pada bila bila masa sahaja yang anda sukai. Sebenarnya, langkah penyediaan bakso ini ringkas, walaupun hidangan ini lengkap dengan protein dan seratnya. Jadi, jom kita sama sama lihat resepi bakso paling mudah ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Raa Syahirah dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau.

Resepi Bakso Paling Mudah

bakso mudah
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Lada Putih
  • Sup Bunjut
  • 4 Sekawan
  • Kuib Pati Lembu
  • Meatball
  • Tulang Lembu / Daging Lembu
  • Ayam ( optional )
  • Garam
  • Gula
  • Asam Keping
  • Ajinamoto / perasa
  • Bihun/ Mee / Kuew tiow
  • Tauge
  • Kubis
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng

Cara – cara memasak:

  1. Blend bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, lada putih
  2. Masukkan minyak tumis 4 sekawan, sup bunjut ( di ketuk )
  3. Masuk bahan blend tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan tulang lembu/ daging & ayam. Biarkan kecut kejap.
  5. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang di perlukan.
  6. Bila daging / ayam hampir empuk masukkan bebola daging.
  7. Masuk garam, gula, asam keping, kuib pati lembu.
  8. Masak sampai masak.
  9. Carik isi ayam/ daging.
  10. Celur bihun/ mee / kuewtiow
  11. Hias dengan daun sup, bawang goreng, sayur
bakso mudah 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.