Resepi Ayam Ungkep Kegemaran Ramai Kalau Buat Mesti Laku

ungkep ayam

Ayam ungkep merupakan resepi tradisi yang berasal daripada orang Jawa. Ianya memberikan rasa pedas dan penuh dengan rempah, pasti sahaja menguji deria rasa anda! Ianya ringkas, dan jika anda inginkan kelainan, resepi ini amat sesuai buat anda!

Resepi ayam ungkep ini menggunakan bahan – bahan yang serba ringkas, malahan didapati di dapur dan peti ais anda sekarang. Bahan – bahannya termasuklah cili api, rempah ratus, serai dan bawang. Cara pembuatan ayam ungkep ini juga mudah, hanya tumiskan bahan kisar, masukkan ayam dan serai, perasakan siap! Sekiranya anda ketiadaan idea untuk masak apa, anda bolehlah mencuba resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ziela Mazlan dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Mari kita lihat resepi ayam ungkep!

Resepi Ayam Ungkep

ungkep ayam
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam

Bahan kisar:

  • cili padi 20 biji (nk pedas lebihkan)
  • halia 1 inci
  • bawang besar sebiji
  • bawang putih 3 ulas
  • biji ketumbar 1 sudu
  • jintan manis 1 sudu
  • jintan putih 1 sudu
  • kunyit 1 inci
  • serai (titik)
  • asam keping

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan serai bersama sedikit air.
  3. Masak dengan api kecil (tudung periuk ditutup). Pastikan anda sentiasa mengawasi. Masukkan asam keping.
  4. Perasakan dengan garam dan gula, anda juga boleh letakkan daun limau purut.
  5. Masak sehingga kering, jika ingin berkuah boleh tambahkan air.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment