AYAM SERAI PEDAS

AYAM SERAI PEDAS

Bahan-bahan:

3 keping dada ayam – ambil isi sahaja
*ayam tu gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.
1 batang serai – dititik
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar – ditumbuk@dikisar
6 biji cili padi – ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang putih – ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang merah – ditumbuk@dikisar
1 camca sos ikan @sos nampla
1 camca sos tiram
secubit gula
kiub pati ayam
sedikit perahan limau nipis
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan kiub pati ayam. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

Total
0
Shares
Previous Article

ACAR TIMUN & NANAS

Next Article

Biskut Belgium