Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Rendang Melimpah (Masakan Ringkas)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang selalu hidangan dimusim perayaan. Masakan rendang ayam mempunyai perlbagai versi. Ada rendang ayam yang menggunakan ayam tua yang direbus dengan air kelapa. Berbanding rendang ayam daging, ia mempunyai rasa yang lebih berlemak tetapi dagingnya agak liat jadi ia perlu direbus awal.

Namun resepi rendang ayam kali ini menggunakan ayam daging. Oleh kerana ayam daging cepat empuk jadi anda elakkan memasaknya terlalu lama. Resepi rendang ayam kali ini tidak perlu dimasak terlalu lama dan ia mempunyai banyak kuah berbanding rendang biasa. Kali ini Madam akan kongsikan resepi yang amat mudah tetapi sangat sedap ini.

Resepi Ayam Rendang Melimpah (Masakan Ringkas)

Bahan utama

  • Seekor ayam saiz sederhana (potong kecil dan bersihkan)

Bahan-bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup/serbuk

Bahan-bahan lain

  • 1 senduk cili kering yang telah dikisar 
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai ditumbuk hingga pecah
  • 1 ½ mangkuk santan pekat
  • 5 sudu kerisik (pilihan)
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

Kaedah

  • Mula-mula potong kecil bahan-bahan yang hendak dikisar.
  • Kisar semua bahan hingga benar-benar lumat.
  • Masukkan ia kedalam kuali yang hendak digunakan.
  • Masukkan bahan-bahan lain kecuali ayam.
  • Masakkan ia hingga mengelegak baru masukkan ayam.
  • Masak hingga ia naik minyak, masukkan garam, serbuk perasa dan gula sedikit bagi menaikkan rasanya.
  • Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit untuk aroma yang lebih enak.

Untuk menghasilkan kuah yang banyak dan melimpah, anda boleh menganggarkan sukatan cecair seperti santannya. Rendang melimpah seperti ini sangat sesuai dihidang bersama nasi panas,ikan masin dan ulam timun. Untuk merasai keenakan rendang ini anda haruslah mencubanya sendiri. Jadi, selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *