AYAM RENDANG CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA
1/2 ekor ayam saiz besar, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 kotak santan
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh gula melaka
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, satu disiat, satu dimayang halus
400 ml air
2 1/2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah rendang Baba’s (boleh ganti dengan rempah kari)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji buah keras
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan rempah rendang, kacau rata dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut.
Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah kerisik, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau lagi dan masak dengan api pecil hingga rendang pekat dan ayam masak.
Masukkan gula melaka dan tambah garam secukup rasa. Kacau dan masak sekejap lagi, terpulang pada anda nak rendang yang lebih kering atau sedikit berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here