Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Perap BBQ (Western Food)

Resepi ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai hidangan didalam majlis BBQ. Ia sangat sesuai dijadikan snek atau ‘finger food’. Ayam perap bbq ini diperbuat dari ayam dibahagian kepak. Ia diperap menggunakan beberapa jenis sos. Namun sebelum itu ia akan ditambah dengan bawang merah,bawang putih, halia dan serai. Serai inilah yang akan menaikkan aromanya. Namun begitu, sebenarnya ayam perap bbq yang asal tidak menggunakan serai, ia sengaja diubah suai agar dapat memenuhi selera orang tempatan.

Untuk membuat ayam perap bbq ini, anda juga boleh menggunakan sosej atau ayam bahagian lain. Daging juga sesuai dijadikan bahan utama. Baiklah, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.

Resepi Ayam Perap BBQ (Western Food)

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam

Bahan-bahan perapan

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 botol sos BBQ (apa-apa jenama)
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
  • 1/2 cawan kicap pekat manis (anggaran tidak terlalu banyak)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Kaedah

  • Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
  • Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
  • Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
  • Grill ayam ini dengan minyak yang sikit sahaja, alihkan agar kedua belah bahagian agar ayam cukup masak.
  • Boleh juga ditabur biji bijan sebagai hiasan.

Mengikut sejarah bbq berasal dari kebiasaanya orang Amerika yang mengamalkan cara masak daging lembu atau ayam yang dibuat ditempat terbuka dengan api dan arang. Kemudian kebiasaanya mereka ini menjadi ikutan ramai orang termasuk dari Asia seperti dari Jepun,Korea dan Malaysia. Oleh itu dinegara kita, acara bbq selalu menjadi pilihan apabila ahli keluarga berkelah dan berkumpul. 

Jadi anda harus mencubanya, kerana bahan-bahannya sangat ringkas dan boleh disediakan lebih awal. Lebih lama ia diperap lebih sedap rasanya nanti,oleh itu selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!