Ayam Penyet Medan

RESEPI AYAM PENYET ORI MEDAN

Bahan-bahan:
Ayam 4 ketul
Lengkuas sebesar tapak tangan
Bawang putih 8 ulas*
Bawang merah sebiji*
Kunyit 3 inci*
Halia 2 inci*
Serai 3 batang*
Lada hitam sesudu kecil*
Ketumbar 2 sudu besar
Garam

Cara-cara memasak:
1. Sagat lengkuas
2. Sangai ketumbar selama lebih kurang 2 minit
3. Potong bahan-bahan bertanda * dan masukkan ke dalam pengisar. Tambah air secukupnya dan masukkan ketumbar yg telah disangai. Kisar sehingga halus.
4. Tuang bahan kisar diatas ayam di dalam kuali. Gaul. Masukkan lengkuas yg telah disagat dan masukkan garam. Gaul dan tutup. Buka api. Biar sehingga kering dan ayam masak. Terbalikkan ayam bila perlu.
5. Angkat ayam. Menggunakan kuali yg sama, masukkan minyak secukupnya utk menggoreng.
6. Asingkan ayam dan bumbu. Goreng ayam dahulu.
7. Angkat ayam. Tapis dan buang bumbu lebihan kerana telah hangit.
8. Goreng bumbu yg diasing di langkah 6 tadi sehingga keperangan. Angkat, toskan sehingga kering minyak.
9. Siap! Nikmati dengan ulam kesukaan dan Sambal Penyet Seni Sambal! ???

kredit resepi dan video kepada sis Hayfa Amira Sofea

Mohon halalkan perkongsian ini ye sis ­čÖé

Total
2
Shares
Previous Article

Biskut Bola Kristal

Next Article

Talam Labu