Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Ayam Masak Sambal Mudah Tapi Sedap

author name

📄 ,

Satu lagi lauk berasaskan ayam yang cukup menjadi kegemaran semua orang. Selain mudah nak buat, ayam masak sambal ini juga memang sedap dimakan bersama hidangan lain. Lauk ini juga sering kita lihat sewaktu majlis kenduri. Rasa lauk kenduri ini kadangkala memang berbeza kalau kita masak sendiri di rumah kan?

Resepi ayam masak sambal ini juga banyak versi, ikut kepada citarasa masing-masing. Kali ini kami nak berkongsikan resepi ayam masak sambal atau sambal ayam untuk anda, mana tahu boleh jadi idea untuk memasak nanti kan?

Resepi Sambal Ayam Daun Kari

 Siapa kata duan kari sesuai untuk masakan berasaskan kari sahaja, lihat resepi dari Nazri Mat Zain ini menggunakan daun kari dalam menu sambal ayam. Memang bertambah harum.

Bahan-bahan

  • Ayam seekor – potong 20pcs (Basuh dan bersihkan dan gaul garam n kunyit – Goreng jangan terlalu garing , angkat dan ketepikan)

Bahan blend

  • Cili kering 25 tangkai atau lebih
  • Bwg Besar 2 biji
  • Bwg Putih 5 ulas
  • Halia 2″
  • Jintan Manis 1 SB

Bahan lain

  • Sos cili 4 SB
  • Sos Tiram 4 SB
  • Kicap pekat karamel 1 SB – optional
  • Asam jawa
  • Garam, aji n gula secukup rasa
  • Daun Kari 2@3 tangkai

Cara Penyediaan

  1. Blend hingga halus dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai 2 batang yang telah dititik.
  2. Masukkan sos cii, sos tiram dan kicap pekat karamel.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Masukkan garam, ajinomoto da gula secukup rasa.
  5. Masukkan daun kari 2@3 tangkai.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  7. Masukkan bawang besar 2 biji yang dipotong bulat.
  8. Kacau dan siap.

Resepi Ayam Sambal Bawang

Resepi ayam sambal bawang ini menggunakan banyak bawang menjadikan hidangan ini lebih sedap. Resepi ini dari Norashikin Ismail.

Bahan-bahan

  • Ayam gaul garam kunyit goreng separa masak
  • Bawang besar 2bjik Mayang (goreng sampai kekuningan ketepikan)
  • Bawang besar sebiji*
  • Halia sehiris *
  • Bawang putih 3 ulas *

Bahan kisar

  • Cili kering 3-4 Sb
  • Daun pandan
  • Kulit kayu manis + bunga lawang
  • Sos cili 2sb
  • Garam gula
  • Cili padi (optional)

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan blender + daun pandan + kulit kayu manis + bunga lawang hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan gula. Pecah minyak masukkan sos cili dan sedikit air.
  3. Boleh masukkan ayam yang siap digoreng tadi gaul sebati perasakan masukkan bawang yang siap digoreng tadi dan cili padi hijau gaul sebati dan siap.

Resepi Ayam Masak Sambal Serai

Resepi ayam masak sambal ini pulak menggunakan serai sebagai bahan utama, memang harum semerbak baunya. Resepi ini dari Mazni Mohamad Isa.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam potong 12 (gaul dengan sedikit garam&serbuk kunyit. Goreng separuh masak&toskan)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 batang serai – dititik
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • Sedikit sos cili&sos tomato
  • 1/2 biji bawang holland – dihiris

Bahan-bahan untuk dikisar

  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1″ halia
  • 20 biji cili kering(buang biji&rebus)

Cara Penyediaan

  1. Guna minyak goreng ayam tadi. Tumis bawang besar yang dihiris&serai hingga wangi. Masukkan tomato kacau sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, sos cili &sos tomato tumis hingga naik bau&pecah minyak.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak&sedikit air.
  4. Masukkan pula garam & gula secukup rasa. Kacau sebati..
  5. Bila ayam dah masak masukkan hirisan bawang holland. Kacau sebati dan siap.

Resepi Ayam Masak Sambal Mudah

Kalau anda baru nak belajar memasak, boleh mulakan dengan lauk mudah. Antaranya resepi sambal ayam mudah dari Zyda Arshad. Confirm jadi.

Bahan-bahan

Bahan tumbuk @ blend

  • Bwg Merah
  • Bwg putih
  • Cili Kering (nak warna sambal cantik cili kering pun mesti cantik)

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  2. Masukan Sos cili & sos tomato.
  3. Sedikit air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam, gula pasir dan serbuk perasa.
  5. Masukan ayam yang dah goreng .
  6. Masukan bawang hiris.

Resepi Ayam Sambal Cili Padi

Resepi ini sesuai untuk anda yang suka makan pedas. Ayam masak sambal cili padi ini memang kick. Makan pula bersama nasi panas. Resepi ini dikongsikan oleh Jamaliah Samsudin.

Bahan-bahan

  • Setengah ekor ayam potong ikut suka goreng dengan garam & kunyit separuh masak ketepikan
  • Cili besar 2 biji
  • Cili padi hijau segenggam
  • Cili padi merah 10 biji
  • Tomato sebiji
  • Bwg besar sebiji saiz sederhana
  • Bwg putih 5/6 ulas
  • Kunyit hidup@serbuk

Kisar semua bahan di atas tanpa air

  • 1 Sdb sos tiram
  • Garam
  • Serbuk perasa optional
  • Daun limau purut
  • 2 btg serai

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak bekas goreng ayam tumis 2 batang serai…
  2. Masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak masukkan daun limau purut.
  3. Masukkan garam sos tiram sikit serbuk perasa kalau suka kacau sebati masukkan ayam kalau kering sangat masukkan air sikit perasakan mana yang kurang dah siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik dan enak telah kami kongsikan dengan anda. Jangan lupa cuba ya. Terima kasih juga kerana telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *