Resipi Ayam Masak Lemon
.
.
Bahan-bahan:
.
– 1 keping dada ayam
– 1 sudu kicap cair
– garam
– lada sulah
– 1 biji telur
– 3 sudu tepung jagung
.

Bahan sos
.
– 1 sudu minyak
– 1 cawan stok ayam
– 1/4 cawan jus lemon
– 2 sudu gula
– 2 keping lemon
– bancuhan tepung ( tepung jagung dan air )
.
Cara-cara memasak :
.
1.Panaskan minyak, gorengkan ayam yang telah digaul tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
.
2. Selepas itu panaskan minyak sedikit masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.
.
3. Bila dah sebati rasa terlebih dahulu sos nya. Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepetan mengikut citarasa masing-masing.
.
4. Biarkan kuah memekat setelah itu masukkan ayam, gaul sehingga semua tersalut, angkat ayam tersebut dan taburkan hirisan daun bawang serta bijan yang telah disangai ke atas hidangan. Selamat mencuba!
.
.
Kredit Resepi : Cik Epal Dan http://lifestyles.findbulous.com/?p=12831




SHARE
Previous articleNasi Goreng Kari
Next articleJeruk Betik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here