Resepi Tradisional, Moden & Terkini

AYAM MASAK KUZI.

RESEPI: AYAM MASAK KUZI.

Bahan-Bahan Perlukan:

1 ekor ayam 1.5kg – 1.8kg – dipotong 12 bahagian.
Sedikit saffron.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
1 tin susu sejat.
1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
60 gm kismis hitam.
50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
2 sudu besar minyak sapi.
1 biji bawang besar di hiris halus.
1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
garam dan gula secukup rasa.

Penyediaan Rempah Kuzi:

1 sudu besar biji ketumbar.
1 sudu kecil biji jintan manis.
1 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil biji lada putih.
1/2 sudu halia kering.
1/4 sudu kecil kayu manis.
1/2 sudu serbuk kunyit.
Cara-cara penyediaan rempah kuzi:
1. Sagai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.

CARA MEMASAK:

1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.

2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.

3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehinnga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.

4. Goreng bawang dalam minyak gorenga ayam tadi. Bila bawang gorengan mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.

5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masaka sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol. Selamat mencuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!