Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan (Mudah Semudah ABC!)

Resepi pada kali ini sangatlah menarik. Jarang kita lihat jika di kedai-kedai menyediakan juadah ini. Rasanya sangatlah berbeza dan enak jika hendak dibandingkan dengan ayam masak kicap yang biasa.

Jika anda sudah bosan dan buntu untuk memasak anda bolehlah mencuba resepi ini pula. Pastinya dapat memberikan kelainan pada masakan anda.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan resepi ayam masak kicap bersantan yang telah dikongsikan oleh Siti Rohayu di laman sosial Facebook miliknya.

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan

Ayam-masak-kicap-bersantan
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Lada Hitam
  • Jintan
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lada kecil
  • Santan 1/2 kotak
  • Kentang (digoreng dahulu)
  • Ayam (digoreng dahulu)
  • Kicap

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*). Pastikan ianya tidak terlalu lumat.
  2. Tumis bahan yang telahpun dikisar.
  3. Masukkan lada kecil yang telah dibelah dua.
  4. Masukkan ayam bersama dengan kentang yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan santan.
  6. Anda juga boleh kalau nak masukkan bawang yang telah dipotong bulat.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!