Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Hitam Selalu Jumpa Kat Kedai Mamak Je

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan yang biasanya dihidang di kenduri-kendara. Ayam masak hitam adalah sejenis masakan menggunakan ayam dan yang digoreng kemudian di gaul bersama sos kicap. Walaupun resepi yang mirip masakan kicap yang banyak didapati namun begitu perkongsian kali ini akan membawa kepada anda sedikit perbezaan. 

Dan jika anda adalah peminat ayam masak hitam ataupun masakan berasas kicap anda bolehlah mencuba resepi ini.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang sangat mudah didapati di kedai-kedai yang kita berdekatan.

Bahan-bahan

  • Ayam – letak garam kunyit dan goreng
  • Bawang besar – kisar
  • Cili kering – kisar

Rempah Tumis

  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Pelaga
  • Daun kari
  • Kicap pekat manis
  • Garam
  • Gula

Kaedah

  • Panaskan minyak,masukkan semua rempah, daun kari dan  tumis bawang dan cili kering yang dikisar hingga wangi dan pecah minyak
  • Masukkan kicap pekat manis dan kacau rata.
  • Apabila telah sebati dan kuah agak kering masukkan ayam yang digoreng tadi.
  • Kacau rata.

Ada juga masak hitam yang tidak menggoreng ayamnya dahulu, sebaliknya ianya dimasak bersama sos kicap. Terpulanglah kepada citarasa anda kerana bagi saya masakan ini paling sedap menggunakan ayam yang digoreng. Diharap anda akan mencuba resepi ini kerana ianya sangat mudah sedap dan sesuai untuk dijadikan hidangan seluruh keluarga. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *