Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Ayam masak halia

Perkongsian resepi dari fb Fariedah Enee

Ayam masak halia cara paling senang sekali…

resepinya…

Bahan-bahan yang diperlukan:-

ayam potong kecik kecik ye…
halia ( ikut kesukaan ) letak banyak sikit pun takpelahh
bawang putih 5 ulas
bawang merah 2 biji
lada hijau 2( letak cili padi lagi sedap)
sos tiram
sos soya cair ( jenama baby ni yg paling sedap) kalau takde guna je yg mana mana pun boleh..

cara masak:-

panaskan minyak, tumis bawang merah dulu, dah layu sikit, masukkan bwg putih, halia, lada hijau( saya guna lada hijau sbb tak nk pedas, nak bg anak makan kan) letak cili padi lagi sedap..ikut kesukaan masing masing ye…

kacau semua dalam dalam 5 minit mcm tu, kemudian masukkan ayam pulak, kacau dan ratakan semua bahan tu, dan biarkan saja, biarkan semua bahan sebati dgn ayam tu, bila air pada ayam dah mula keluar sikit, masukkan sos tiram dalam 3 sudu, diikuti sos soya( lebih kurang 1 senduk nasi tu)…

pastu kacau sehingga ayam masak. siap.. resepi saya ni tak payah letak garam ye, sbb sos dah masin.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!