ayam butter

Resepi Ayam Masak Butter Semua Orang Boleh Makan

Ayam, siapa sahaja tidak menyukainya. Daripada kanak – kanak sehingga ke warga emas, ayam telah menjadi pilihan nombor satu buat kita semua. Kali ini kami bawakan resepi ayam masak butter yang amat lazat dan ringkas untuk disediakan. Rasanya yang berlemak dan manis ayam digabungkan bersama membentuk satu juadah yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Ayam masak butter selalunya boleh didapati di restoran sekitar kita. Namun, tahukah anda, cara pembuatannya amat ringkas. Buat yang sibuk bekerja, anda juga boleh menyediakan hidangan ini kerana ia tidak mengambil masa yang lama. Ayam masak butter juga sesuai untuk dihidangkan kepada kanak – kanak, oleh itu, anda boleh menyediakan ini buat si manja!

Resepi ini dikongsikan oleh Hazwani Amir dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ayam Masak Butter

ayam butter
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Ayam
  • Tepung Bestari

Bahan B:

  • Mentega
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Setengah cawan susu penuh krim
  • 3/4 tin susu cair
  • Daun kari
  • 2 keping keju

Cara – cara memasak:

Langkah A:

  1. Salutkan ayam bersama tepung.
  2. Gorengkan ayam.

Langkah B:

  1. Masukkan mentega.
  2. Tumiskan bawang dan cili.
  3. Masukkan susu penuh krim dan susu cair.
  4. Masukkan daun kari.
  5. Masukkan keju.
  6. Masukkan ayam dan kacau sehingga kuah pekat dan menyaluti semua ayam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Total
0
Shares
Previous Article
ikan bakar portugis

Resepi Ikan Bakar Portugis Macam Kat Restoran Mahal!

Next Article
masak lemak ikan masin

Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Ikan Masin Paling Sedap Makan Bertambah - Tambah