Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Mangga (Ala Thai!)

Ayam Mangga sering dihidangkan di buffet – buffet hotel. Ianya amat lazat dan menyelerakan. Kali ini, kami bawakan khas buat anda, resepi Ayam Mangga.

Ayam Mangga tidak sukar untuk dihidangkan. Kini, anda tak perlulah ke buffet hotel semata – mata untuk makan hidangan Ayam Mangga. Malahan, anda boleh hidangkannya sendiri.

Resepi ini dikongsikan oleh Wanis Roslan di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Ayam Mangga

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Ayam Celup Tepung:

  • Isi Ayam (potong dadu)
  • Tepung Bestari
  • Telur 1 biji
  • Serbuk lada putih /garam

Bahan Sos:

  • Madu
  • Sos pencicah
  • Sos tomato
  • Garam
  • Sedikit air masak

Bahan Hiasan:

  • Mangga muda
  • Cili padi
  • Bawang merah kecil
  • Daun sup/ketumbar

Cara penyediaannya:

Ayam Celup Tepung:

  1. Gaulkan isi ayam dengan lada sulah dan garam. Biarkan seketika.
  2. Pecahkan telur dan gaulkan isi ayam bersama.
  3. Akhir sekali celup isi ayam tu dengan tepung bestari. Kemudian, goreng dalam minyak menggunakan api sederhana.

Sos:

  1. Tuangkan semua sos dlm kuali.
  2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan sedikit air dan garam.
  4. Sukatan agak-agak mengikut banyak mana ayam.

Hiasan:

  1. Sagat mangga muda.
  2. Potong cili padi dan mayang bawang merah. Kemudian, gaulkan bersama dan masukkan ke dalam sos tadi.
  3. Akhir sekali, tuangkan sos masam manis ke atas ayam celup tepung yg sudah siap goreng.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!