Ayam Lemak Panggang Harum

Ayam Lemak Panggang Harum

Ayam Lemak Panggang Harum. Dinner tonight… Fragrant Creamy Grilled Chicken Bon Appetit.

Bahan2nya
3 keping peha ayam segar atau ayan ikut citarasa.
1.5 inci halia
1.5 inci lengkuas
1.5 inci kunyit hidup
12 ulas bawang merah atau dua biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai di hiris2
6 biji cili api & 2 cili merah
Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus
8 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit di hiris2
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
150 ml santan pekat
1/2 cawan air
1 kuib knorr ayam
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan bahan2 yang di kisar halus, tumiskan sebentar, kemudian letak daun limau purut & daun kunyit, 1 kuib knorr ayam, & serbuk jintan putih. Letakan, garam & gula secukup rasa. Tumis hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam dan biarkan ia masak letakkan air sedikit dan santan pekat. Tutupkan tudung periok biarkan ayam nya masak setengah masak. Angkat ayam dan panggang di atau baru atau kuali panas. Bila tanda2 panggang timbul secukup nya masukkan semula pada kuah nya, masak hingga ayam masak dan empuk. Sajikan panas2 dengan taburan bawang merah goreng, salad, nasi putih dan jamuan2 lain.

Kredit resepi: Chef Papajoh

Like & Share

Give a Comment