Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Kari Hijau Unik Tapi Rasa Gerenti Memukau

Ayam Kari Hijau merupakan salah satu hidangan yang berasal daripada negara Thailand. Walaupun namanya kari, tiada serbuk kari digunakan di dalam hidangan ini. Ayam kari hijau memberi rasa yang amat lazat dan sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih. Ianya juga sesuai dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat.

Ayam kari hijau ini menggunakan bahan yang mudah untuk didapati dan boleh didapati di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan – bahannya termasuklah santan, lengkuas, halia, limau kasturi dan daun limau purut. Cara pembuatannya juga hanya terdapat 5 langkah sahaja. Oleh itu, resepi ini sesuai disediakan oleh sesiapa sahaja.

Resepi ini dikongsikan oleh Nazura Zainal Abidin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Ayam Kari Hijau

ayam kari hijau
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Pes Hijau:

  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Serai
  • Daun ketumbar
  • Cili Padi
  • Cili Hijau

Kesemua bahan di atas dikisar halus

  • 1 biji kelapa untuk santan
  • Daun limau purut
  • Daun selasih
  • Buah tomato
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan pes hijau, asam keping bersama ayam kedalam periuk/kuali
  2. Gaul rata ayam dengan pes sehingga ayam kelihatan kecut
  3. Kemudian baru masukkan santan dan daun limau purut
  4. Masak sehingga kuah hampir pekat dan masukkan daun selasih dan perahkan 2 biji limau kasturi dan garam gula secukup rasa.
  5. Masak hingga sempurna

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!