no comments

Resepi Ayam Goreng Kari (Masakan Ringkas

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi berasaskan ayam. Ayam adalah salah satu sumber protin paling popular diseluruh dunia. Ia menguasai hampir semua jenis menu, dari menu makan utama sehinggalah snek. Ia dimasak dengan pelbagai cara daripada membakar,mengoreng,mengukus, tumis,kuah, bbq dan sehingga tidak cukup satu muka surat untuk menyenaraikannya.

Namun begitu, tukang masak sememangnya tidak pernah ketandusan idea unuk mempelbagai cara memasak ayam ini. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ayam goreng kari bersama kentang. Salah satu resepi mudah tetapi lain dari yang lain.  Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Ayam Goreng Kari (Masakan Ringkas)

Bahan utama

  • ½ ekor ayam saiz sederhana (potong sederhana besar,perasakan dengan garam dan kunyit))
  • 3 biji kentang dipotong baji

Bahan kisar (A)

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 bawang merah
  • ½ inci halia
  • 10 biji cili padi

Bahan hiris dan tumis (B)

  • 2 batang serai (tumbuk pecah)
  • 1 pelepah daun kari (atau segenggam daun kari kering)
  • 1 biji bawang holland/bawang besar 

Bahan C

  • 3 sudu besar rempah kari daging + 1 sudu besar kari ikan 
  • (Tambahkan sedikit air agar ia menjadi pes)

Kaedah

  • Mula-mula goreng ayam tetapi jangan terlalu garing, sekadar masak sahaja.
  • Kemudian goreng kentang sehingga ia garing dan empuk.
  • Ketepikan kedua ini.
  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan bahan A pula dan goreng sehingga semua bahan layu dan berbau wangi.
  • Selepas itu masukkan bahan C dan masak sehingga rempah naik minyak, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Tambahkan sedikit air jika ia terlalu garing.
  • Masukkan ayam dan kentang, gaul sehingga semua bahan serasi dan Biarkan seketika agar semua bahan rempah meresapi ayam goreng dan kentang tadi.
  • Siap, sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Ayam goreng kari bukanlah masak kari juga bukanlah ayam goreng berempah. Meskipun ia menggunakan bahan yang hampir sama dengan kedua tersebut. Ayam goreng kari sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. Ia kering namun masih mempunyai sambal yang menarik. Sesuai dimakan bersama nasi panas, namun sedap juga dimakan bersama roti puri, roti putih, capati atau roti canai.

Apapun terpulang pada anda untuk mencuba resepi ini, yang sememangnya sangat sedap dan lain dari yang lain. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Reply