Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Dried Chili (Cepat Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu yang sesuai dihidangkan diwaktu makan utama. Ayam dried chili atau nama lain Ayam Cili Kering merupakan sejenis menu yang mirip masakan orang Cina. Ia hanya menggunakan bahan yang ringkas. Antara bahan yang digunakan ialah bawang putih, halia dan sudah tentu cili kering.

Bagaimanapun beberapa bahan ditambah bagi menyesuaikan ia dengan selera orang Melayu. Oleh itu sedikit pertambahan bahan-bahan seperti cili api dan bawang besar membuat ia mempunyai rass yang lebih Melayu. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ini agar ands boleh mencubanya sendiri. Berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.

Resepi Ayam Dried Chili (Cepat Dan Sedap)
Bahan-bahan

  • ½ kg ayam (bersihkan dan potong kecil-kecil)
  • Gaul dengan sos tiram dn tepung jagung,perap 15 minit
  • Goreng jgn garing..agak2 separuh msk sbb nk juicy

Bahan A

  • 3 biji bwg putih
  • Halia besar ibu jari (Tumbuk bahan keduanya)
  • 10 btg cili kering (Gunting dan buang bijinya)

Bahan B

  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap
  • 2 sudu sos tiram
  • (Satukan semua dlm bekas)

Bahan C

  • 2 biji bawang besar
  • 10 batang cili api

Kaedah

  • Perapkan ayam bersama sos tiram dan tepung jagung secukupnya, biarkan seketika.
  • Goreng ayam hingga masak dan garing.
  • Kemudian kurangkan minyak gorengan ayam tadi dan tumiskan bahan A iaitu bawang putih dan halia yg telah ditumbuk tunggu naik bau, baru masukkan cili kering pula.
  • Selepas itu masukkan bahan B iaitu pelbagai jenis sos yang telah disatukan didalam satu bekas. Kacau sehingga ia sebati.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Gaul agar ia rata, akhir sekali masukkan bahan C.
  • Tutup kuali sebentar agar bawang mulai layu.
  • Siap.

Untuk mendapat rasa yang lebih sedap, pastikan ayam yang digunakan adalah ayam yang segar. Cara mengenal ayam yang segar ialah warna ayam yang merah, dagingnya apabila ditekan tidak lisut. Manakala baunya pula tidak hanyir. Yang terbaik belilah ayam dipasar dimana penjual menyembelihnya disitu. 

Masakan ini mempunyai rasa yang pedas, namun sangat sedap dan sesuai dimakan seisi keluarga. Oleh itu anda wajar,ah mencuba resepi ini, ia bukan sahaja sedap malah sangat mudah dibuat. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!