Resepi Ayam Black Pepper dan Cendawan

Bosan dengan makanan tengahari yang common? Ingin cuba sesuatu yang sedap dan menyelerakan tak? Kali ini kami bawakan resepi Ayam Black Pepper dan Cendawan khas buat para pembaca sekalian!

Resepi Ayam Black Pepper dan Cendawan ini merupakan resepi barat yang amat sesuai dihidangkan bersama dengan nasi. Kenalah dengan tekak orang kita kan?

Resepi ini dikongsikan oleh Watie Muhtar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Ayam Black Pepper dan Cendawan

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam separuh (dipotong)
  • 1/2 pack cendawan segar (potong)
  • 4 batang celeri (potong serong)
  • Sayur pilihan
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 biji bawang besar (potong empat)
  • 5 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Tepung jagung secukupnya (pekatkan kuah)

Cara penyediaannya:

  1. Gaulkan ayam dengan garam,sos tiram dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
  4. Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
  5. Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Buttermilk Chicken (Gerenti Laku!)

Next Article

Resepi Dadih (Mudah, Ringkas dan Lazat!)