Resepi Ayam Bali (Sedap Lain Macam)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dihidangkan diwaktu makan utama seperti waktu makan tengahari atau makan malam. Ayam masak bali ini adalah sejenis masakan seperti sambal atau ayam masak merah. Ayam seperti yang kita ketahui adalah antara sumber protin yang paling kerap digunakan unyj pelbagai jenis resepi. Ayam yang segar, yang baru disembelih amat sedap walaupun sekadar digoreng begitu sahaja.

Ayam masak bali mempunyai sedikit pertambahan bahan seperi buah keras, daun pandan, kicap dan beberapa lagi bahan yang ditambah. Bahan-bahan seperti rempah 4 sekawan, serai pula membuat rasanya lebih sedap. Perbezaan bahan yang digunakan inilah yang menghasilkan satu aroma yang sangat menyelerakan. Baik, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini yang Madam akan kongsikan.

Resepi Ayam Bali (Sedap Lain Macam)
Bahan utama

  • 1 ekor ayam potong kecil

Bahan tumis

  • Rempah 4 sekawan
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 batang serai dititik
  • 1 helai daun pandan (hiris pendek)
  • 4-5 biji buah keras (ditumbuk lumat)
  • 1 genggam cili kering ( gunting, rebus dan kisar dahulu)

Bahan kisar

  • 5 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan perasa

  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar gula merah (gula biasa pun boleh)
  • 4 sudu besar kicap manis (kalau nak gelap lagi pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram

Kaedah

  • Mula-mula goreng ayam separuh masak, asingkan.
  • Kemudian tumis rempah sekawan dan serai.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering yang telah dikisar, tumis sampai naik minyak.
  • Masukkan buah keras yang ditumbuk lumat dan kacau sebentar.
  • Masukkan air asam jawa, gula merah dan kicap.
  • Masukkan bawang hiris.
  • Masukkan ayam separuh goreng tadi. Kacau serata dan biarkan sebati bersama, biarkan agak-agak kering.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Walaupun tidak dipastikan dari mana datangnya nama Ayam Masak Bali ini, namun ia telah mendapat tempat dinegara kita ini dengan mudah sekali. Masyarakat kita sememangnya sangat terbuka menerima apa sahaja resepi dari luar atau yang mempunyai nama dari luar negara. Keterbukaan ini menyebabkan kita mempunyai koleksi masakan yang sangat banyak seperti ayam masak bali ini.

Untuk tahap kepedasannya anda boleh mengganggar sendiri sukatan cili kering atau jenis cili kering yang pedas,kurang pedas atau tidak pedas. Begitu juga penggunaan gula, anda boleh singkirkan gula jika anda tidak suka ia terlalu manis. Terpulang pada selera anda, namun resepi ini wajar dicuba kerana ia sangat mudah dan ringkas. Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Sedap

Give a Comment