Ayam Bakar Berempah Harum

Ayam Bakar Berempah Harum

* 1 ekor ayam (dibersihkan)
* 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1 helai daun limau purut
* 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
* 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
* 1 sudu besar rempah kari ayam
* 3 sudu makan air asam jawa
* 1 sudu besar kicap pekat
* sedikit belacan bakar
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* gula dan garam secukupnya
* sedikit air

Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ayam di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ayam sehingga masak.

Selamat Mencuba!!

Total
0
Shares
Previous Article

Popia Crabstick Cheese

Next Article

Resepi Apam Tepung Gandum