Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Asam Pedas Tulang

author name

Masak asam pedas tulang hari ni. Mesti ramai yg x biasa masak kan?. Sedap tau. Kalau ramai yg nak resepi baru akak bagi….ok.

Resepi Asam pedas tulang:

Tulang 1kg – cuci bersih
Bawang sederhana besar 4 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sikit
Kunyit hidup sikit
Belacan sikit
Semua bahan ni dikisar dan tumis sampai wangi.

Masukkan cili kering kisar agak2 je lebih kurang
1senduk aje. Kalau nak pedas tambahla ya. Masukkan satu sudu teh serbuk lada hitam. Kacau. Ketuk 3 btg serai dan campak masuk dlm periuk. Nak sedap lagi masuk daun kesum. Masuk air asam jawa. Asam jawa kalau guna asam jawa adabi tu lebih kurang 1 sudu besar. Masukkan air dan tulang. masakla sampai empuk. Akak guna pressure cooker, cepat je masak empuk. Bila dah empuk tu baru masuk garam dan gula sikit. Yg guna serbuk perasa tu bolehla masuk juga. Mesti ada rasa pedas, masam dan manis sikit baru urmph….akhir sekali kalau ada daun limau purut bolehla masukkan dlm 5 ke 6 helai. Bila mendidih tu tutup api. Siap.

kredit resepi kepada Norsiah Zakaria via #Sukma

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *