Resepi Asam Pedas Ikan Pari (Betul – Betul Asli!)

Anda buntu nak masak apa hari ini? Apa kata anda masak asam pedas ikan pari. Pasti menjadi kegemaran yang tersayang! Rasanya pedas masam yang amat lazat, digabungkan bersama rasa manis ikan pari pasti dapat membangkitkan selera.

Kali ini kami bawakan resepi asam pedas ikan pari yang boleh anda sediakan sendiri di rumah. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati serta cara pembuatannya juga senang diikuti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mohamad Arymin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1kg ikan pari
  • 3 genggam cili kering, gunting dan rebus bagi lembut.
  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • Kunyit hidup, sebesar ibu jari.
  • 3 batang serai, diracik halus
  • 1 cm lengkuas, dihiris halus
  • 1/4 paket asam jawa, bancuh dengan air
  • 2 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
  • 4 biji tomato, dibelah empat
  • Daun kesum
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam dan perasa Maggi cukup Rasa.

Cara – cara penyediaan:

  1. Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai, dan juga lengkuas.
  2. Masukkan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai garing dan naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan.
  5. Masukkan daun kesum, tomato dan lada hitam.
  6. Perasakan dengan garam dan Maggi Cukup Rasa.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment