Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Ayam

author name

📄

Pastinya kita semua sudah biasa mendengar asam pedas yang menggunakan ikan seperti ikan pari. Pada kali inim kita akan bawakan sedikit kelainan iaitu resepi asam pedas ayam.

Bolehlah anda mencuba resepi ini jika sudah bosan makan lauk yang sama sahaja setiap hari. Pastinya lauk asam pedas ayam ini akan membawa kelainan di meja makan anda.

Resepi asam pedas ayam ini telah dikongsikan oleh Nuraishah Hasnan di akaun Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut!

Resepi Asam Pedas Ayam

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Sengenggam besar asam jawa (ramas dengan semangkuk air)
  • Sengenggam besar cili kering* (gunting dan rendam)
  • 1-2 biji bawang besar*
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • Belacan sebesar duit 50 sen*
  • 1 sudu makan lada hitam*

Cara penyediaannya:

  1. Blend bahan bertanda * sehingga lumat.
  2. Tumis bahan blend sampai naik minyak.
  3. Tumis sampai bahan blend betul-betul garing dan wangi.
  4. Apabila sudah garing, masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan ayam, daun kesom dan bunga kantan.
  6. Tunggu sehingga kuah mendidih dan ayam empuk.
  7. Perasa dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *