Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Pisang Tanpa Telur (Ringkas Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih tradisional yang telah diinovasikan bersama beberapa bahan moden. Pisang merupakan sejenis buah yang sangat popular diseluruh dunia. Buah yang hidup dinegara beriklim tropikal ini mempunyai rasa yang sangat sedap, malah ia juga tinggi serat. Ini menjadikan ia buah yang sangat berkesan merawat penyakit sembelit terutama dikalangan kanak-kanak.

Pisang boleh didapati dimana-mana sahaja dinegara kita, oleh itu harga juga agak murah. Pisang yang selalu digunakan didalam resepi kuih atau kek ialah pisang emas dan pisang montel kerana ia mempunyai rasa yang lebih manis. Kali ini Madam akan kongsikan resepi apam pisang tanpa telur, jadi ia sesuai bagi anda yang mempunyai elergik pada telur. Berikut adalah bahan-bahannya dan cara untuk membuat apam pisang ini.

Resepi Apam Pisang Tanpa Telur (Ringkas Dan Sedap)
Bahan-bahan

  • 1 cawan pisang
  • ¾ cawan minyak jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Secubit garam 

Kaedah 

  • Lenyek pisang menggunakan alat yang sesuai.
  • Kemudian masukkan gula.
  • Gaul kedua bahan sehingga gula sebati.
  • Kemudian tambahkan minyak jagung.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Kaup balik bersama adunan pisang tadi sehingga kedua bahan ini menjadi sebati dan serasi.
  • Panaskan pengukus tunggua sehingga air mengelegak.
  • Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang sesuai, kukus dalam masa 30 minit dengan api yang sederhana sehingga apam masak.
  • Siap.

Apam pisang ini biasanya dimakan tanpa kelapa, tidak seperti apam kampung atau beberapa jenis apam lagi yang sedap jika ditambah kelapa parut. Apam pisang ini boleh dikurangkan sukatan gulanya jika  anda menggunakan pisang jenis manis. Bagaimanapun terpulang pada citarasa dan selera anda, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *