Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Apam Mekar Cantik Mekar Kejadian

author name

📄

Apam merekah atau apam mekar adalah salah satu kuih tradisional yang masih mempunyai peminat sehingga kini. Pasti anda tertanya kan kenapa dipanggil apam mekar? Ini kerana apabila siap semua acuan apam ini anda akan melihat hasil apam ini menjadi sungguh mekar di atas apam ini. Memang cantik hasil dia.

Nak buat pun senang sebab tak menggunakan banyak bahan. Kuih apam ini juga dapat dilihat terdapat banyak warna yang cantik mengikut citarasa anda. Jom baca resepi apam merekah ini.

1. Resepi Apam Mekar Paddle Pop

Mungkin apam mekar paddle pop ini bakal menjadi kuih kegemaran anak anda, ye lah dengan warna yang comel pasti dapat memikat hati si kecil anda. Resepi ini dari Norusmila Nordin.

Bahan-bahan

  • 1 bj telur
  • 1/2cwn gula pasir
  • 1 cwn tepung
  • 100 ml susu cair
  • 1 sudu teh membukit ovelet
  • Perisa

Cara Penyediaan

  1. Mix semua dengan max speed hingga kembang, gebu, pekat dan likat.
  2. Isi penuh cup.
  3. Kukus dengan air yang menggelegak ganas dan api paling besar.
  4. Air kukusan bawah dari setengah pengukus.
  5. Adunan boleh menghasilkan +-30pc.

2. Resepi Apam Mekar Versi Tembikai

Resepi apam mekar tembikai ini tidak menggunakan bahan eno dan air soda serta menggunakan sebiji telur sahaja tapi dapat menghasilkan apam yang cantik mekar kan? Resepi ini dari Pn Habsah Ngah.

Bahan-bahan

  • 200g tepung gandum* diayak+1sdk baking powder*
  • 180g gula pasir.*
  • Sebiji telur Ayam*
  • Esen vanila 1sdk*
  • Sedikit garam*
  • 150ml susu cair *
  • 1 sdk Ovellet*

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan dan mix sampai kental dan putih.
  2. Bila dah kental boleh stop mix dan kaup balik pakai whisk supaya tak ada ketul tepung. Selepas itu boleh asingkan ke beberapa bahagian untuk tambah warna.
  3. Okey. Bila dah bentuk.
  4. Boleh lah kukus.
  5. Kukus dalam 15mnt.
  6. Jangan lupa balut tudung periuk dengan kain. Supaya air tak menitik pada apam nanti.
  7. Kukus api kuat.

3. Resepi Apam Mekar Soda

Apam mekar ini menggunakan bahan soda untuk memberikan tekstur yang lebih gebu dan cantik mekar. Resepi ini dari Lea Abd Jalil.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan ais krim soda

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur,gula,ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung gandum dan ais krim soda.Pukul rata.
  3. Tuangkan dalam acuan.
  4. Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit.

4. Resepi Apam Mekar Coklat

Resepi apam mekar coklat ini juga pasti menjadi pilihan si kecil. Siapa sahaja yang tak suka dengan coklat kan? Jom cuba resepi dari Sue Suhana.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 11/4 Cwn Tepung Gandum
  • 1/2 Cwn Serbuk Koko
  • 1 Sudu kecil Baking Powder
  • 1 Sudu kecil Soda Bikabonat

(Ayak dan ketepikan)

Bahan B

  • 1 Cwn Minyak
  • 1 Cwn Susu Cair
  • 1 Cwn Gula (tak nak manis boleh letak 3/4 cawan)

Cara Penyediaan

  1. Blend bahan B dalam 3 minit.
  2. Kemudian masukkan dalam Bahan A tadi gaul hingga sebati.
  3. Masuk dalam cup dan kukus dalam air mendidih api besar.

5. Resepi Apam Mekar Simple

Kalau anda mencari resepi apam mekar yang cukup mudah nak buat, apa kata anda cuba resepi dari Macinta Yuop confirm jadi.

Bahan-bahan

  • 1 sudu mauripan
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu margerin
  • 3 sudu susu pekat
  • 4 sudu gula
  • 1/2 kg tepung gandum

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan dengan air kecuali tepung.
  2. Masukkan tepung dalam bekas curahkan bahan yang di bland tadi, kalau cair tambahlah tepung dan kalau pekat boleh tambah air.
  3. Masuk dalam pencetak ikut warna yang kita suka.
  4. Bancuh jangan cair sangat dan kukus 15 min (tak payah tunggu naik),

6. Resepi Apam Mekar Legend

Resepi terakhir ini merupakan apam mekar legend. Menggunakan tepung beras sebagai bahan utama tapi masih lembut dan cantik mekar. Resepi ini dari Salehah Husain.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan nasi
  • 2 sudu besar mauripan
  • 1 paket eno(warna biru)

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan kecuali eno sehingga halus, masukan kedalam bekas kemudian perap 1jam setengah.
  2. Masukan eno tadi setelah adunan kembang kacau sehingga sebati. masukkan kedalam acuan tin/ paper cup kemudian kukus selama 10minit api besar siap.

Tips nak mekar :

  1. Lorekkan dengan lidi satay semasa adunan dalam paper cup sebelum nak kukus. Lorek tanda X. Tepung beras cap gajah tiga pastikan air kukusan betul panas sebelum kukus.

Resepi Menarik Yang Lain

Selain kuih apam merekah atau apam mekar, kami juga menyediakan pelbagai lagi resepi kuih tradisional untuk anda. Terima kasih kerana singgah!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *